Tuesday 11 October 2016

Rahsia perwatakan anak-anak melalui bentuk fizikal,tarikh lahir ,warna dan urutan dalam keluarga mengikut kajian pakar motivasi Dato' Dari Fadzilah Kamsah ~ klik disini

Tags


Berikut adalah rahsia perwatakan anak-anak melalui bentuk fizikal,tarikh lahir ,warna dan urutan dalam keluarga mengikut kajian pakar motivasi Dato' Dari Fadzilah Kamsah. Allahualam.

Dari Segi Fizikal:

-Bertubuh Kurus
  • Seorang yang agak gemuruh, kelam kabut tapi sangat kreatif.aktif dan pantas bergerak. Agak penakut.suka mendapat penghargaan dan belaian orang lain.

-Bertubuh Sederhana 
  • Suka tidur dan kuat makan. Kuat semangat tetapi selalu kurang berfikir panjang sebelum melakukan suatu tindakan. Sensitif, mudah marah dan inginkan kesempurnaaan.

-Bertubuh Gemuk
  • Seorang yang tenang. Penyayang, mudah bertolak ansur dan teratur bila buat kerja, agak lambat ketika berfikir tetapi ingatannya tajam, cabar dan jarang marah.

Dari Tarikh Lahir

- Bulan 2,4,6,8,9,11,12
  • Kelam kabut, mudah tertekan, selalu nak cepat, kurang sabar, inginkan kesempurnaan, sentiasa mahu cari kehebatan. 

- Bulan1,3,5,6,7,10,12
  • Tenang ,mudah bertolak ansur dan mudah diajak berbincang.

- Bulan 2,3,4,7,8,9
  • Emosi tinggi,mudah melenting dan mudah tersinggung.

Dari Segi Warna

- Hijau
  • Menyukai alam sekitar, pemurah, ambil berat, penyayang, berperikemanusiaan, kritis dan banyak idea.

- Hitam
  • Serius, tinggi iltizam dan buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh.

- Putih
  • Optimis, sabar, baik sangka baik dan suka kedamaian.

- Merah Jambu
  • Penyayang, bersungguh-bersungguh dan punya keinginan tinggi.

- Oren
  • Suka kebebasasn, kreatif, aktif, agak kelam kabut, ramai kawan, dan ber semangat tinggi.

- Kuning
  • Ceria, tahan lasak dan suka berkawan.

-Biru muda
  • Sensitif, beretika, suka menolong, suka bekerjasama dan sedia berkorban untuk orang lain.

- Emas/ perak
  • Suka kepada kejayaan


Urutan Dalam Keluarga

- Anak sulung
  • Cakap serupa bikin,cemerlang di rumah dan sekolah, jadi model kepada adik-adik ,pandai pujuk, dan suka kawal orang lain

- Anak tengah
  • Suka jadi pendamai, pemurah ,mudah berkawan dan mudah bertolak ansur.

- Anak bongsu
  • Berani ambil risiko, bertolak ansur dan peramah serta kreatif

-Anak tunggal 
  • Berkeyakinan tinggi, tak bergantung pada orang lain, cermat, teliti dan terperinci, cita-cita tinggi serta pemurah .

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, dipersilakan share.