Saturday 19 November 2016

Tips Untuk Isteri Meredakan Kemarahan Terhadap Suami

Tags


Tips Untuk Isteri Meredakan Kemarahan Terhadap Suami 

(0)Lautan mana yang tidak bergelora, bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Begitulah juga dengan kehidupan alam rumahtangga yang dihuni oleh suami, isteri dan anak-anak. Alam rumahtangga adalah seperti sebuah kapal yang belayar di lautan yang kadangkala bergelora dan ada ketika aman sejahtera. Berhati-hatilah ketika anda melayarinya.

(0)Sedikit sebanyak pasti ada hati yang dijentik marah, perasaan yang dicuit cemburu dan ada ketika airmata tumpah jua. Bersabarlah duhai wanita, jika kamu berasa marah dengan sang suami. Suami mu mungkin tidak sengaja melakukannya, mungkin dia juga sedang tertekan dengan sesuatu perkara. 

(0)Apakah yang patut kamu lakukan jika kamu marahkan sang suami? Adakah kamu harus melawannya dengan amarah juga? Atau kamu biarkan ia berlalu tanpa penyelesaian?

(0)Berikut adalah tips cara menghilangkan rasa marah menurut hadist, yang saya adaptasi daripada blog ikahwin.com dan ada sesetengah saya tambah untuk memberikan lebih kefahaman kepada pembaca blog ini. 

Cara Meredakan Kemarahan Terhadap Suami

(0)1. Nabi pernah bersabda
 "Sesungguhnya aku akan ajarkan suatu kalimat yang apabila diucapkan akan hilang apa yang ada padanya. Iaitu sekiranya dia mengucapkan,: Audzubillahi minasy Syaithanirrajiim.". Ucapkan ta'awudz ini jika datang rasa marah. Bacaan ini yang dianjurkan Muhammad ketika dua orang di sisi Nabi saling mencela.
(0)2. Ujar Nabi SAW, jika setelah diucapan ta`awudz itu masih belum juga menghilangkan marah, ubah posisi tubuh kita menjadi lebih rendah dari sebelumnya. Sebagai contoh, jika amarah datang sementara kita sedang berdiri, maka duduklah. Dan jika sedang duduk, rebahkanlah tubuh.

(0)3. Diam atau tidak berbicara. Langkah ini sangat efektif untuk mengawal kemarahan yang sedang melanda. Apabila marah, emosi dan minda kita sukar dikawal dan ada masanya kita mungkin tidak berfikir sebelum melontarkan kata-kata tajam tersebut.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad disebutkan, 
"Apabila di antara kalian marah, diamlah". Kalimat ini diucapkan Nabi Muhammad hingga tiga kali.
(0)4. Berwudhu. Perasaan marah selalunya disimbolikkan dengan api, dan hanya air dapat melawan keadaan sedemikian.
"Sesungguhnya marah itu dari syaitan dan syaitan itu diciptakan dari api, dan api itu direndam dengan air maka apabila di antara kalian marah, berwudhulah" (H.R. Ahmad).

(0)5. Pasti pada langkah ini, si isteri telah perlahan-lahan surut kemarahannya. Tunaikanlah Solat Syukrul Wudhu sebanyak dua rakaat untuk menambahkan ketenangan.

(0)Solat Syukrul Wudhu ini boleh dilakutkan pada bila-bila masa, kecuali pada waktu yang diharamkan iaitu, selepas Solat Isyak, Maghrib, Subuh dan Dhuha (saat terbenam dan terbit matahari).

(0)6. Selain dari itu, apabila kita marah akan suami, cubalah beredar jauh sedikit dengan baik dari suami. Jika pergaduhan berlaku di bilik tidur maka beredarlah ke ruang tamu. Jika di dapur, beredarlah ke bilik. Tapi ingat, janganlah kita beredar sambil menghentak kaki atau menepis apa yang ada disekeliling.

(0)Buat si suami pula, biarlah isteri anda membawa diri sebentar. Biar mereka reda, dan cepat-cepat pujuk balik tau. Kadang-kala kaum hawa ni, dia nampak garang tapi sebenarnya apabila dia beredar jauh dari kamu, mereka amat mengharapkan anda datang memujuk dan memeluk mereka.

(0)7. Saat kemarahan datang, ingatlah jasa pasangan kita dan lupakan kesalahannya. Rendahkan ego ya kaum hawa, anda juga mempunyai ego. Jangan sesekali mengingat jasa kita sahaja, tetapi ingatlah bahwa kita juga pernah membuat kesalahan.

(0)Begitulah seeolok-eloknya. Saling memaafkan dan bina harapan baru. Selalu bersikap positif selepas berlaku perselisihan atau pergaduhan. Jangan simpan di dalam hati. Anggaplah past is past. Anda boleh menangis, belajar dari kesilapan tersebut dan bergerak ke depan. 

(0)Setiap perselisihan ada jalan penyelesaian. Setiap kemarahan ada yang boleh mengawalnya iaitu diri kamu sendiri. Jagalah nafsu marah tersebut duhai wanita. Solehah wanita pada akhlaknya...renungkanlah!

(0)Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, dipersilakan share.