Friday 9 December 2016

DOA MEMOHON MENGEKALKAN KASIH SAYANG DIANTARA SUAMI, ISTERI DAN ANAK-ANAK


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang di rahmati Allah,

Mengekal & mendapat sesuatu adalah suatu perkara yg berbeza. Setiap apa yg kita dapati itu jika tidak dijaga & dihargai akan hilang begitu sahaja. Contohnya Seperti memenangi sesuatu kejohanan adalah senang tetapi mengekalkan kejuaraan itu adalah sesuatu yang payah. 

Jadilah suami & isteri yg baik diantara satu sama lain. Berusahalah dengan mendoakan kepadaNya. Masih belum terlambat untuk mengekalkan kasih sayang yg hampir pudar kerana masalah.


Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang paling baik kepada isterinya. Dan wanita yang paling baik dari umatku adalah wanita yang paling baik bagi suaminya.
Bagi isteri yang baik pada suaminya tiap hari akan mendapat SERIBU syahid (kerana ikhlas dan sabarnya). Wanita yang paling baik adalah wanita yang membahagiakan suami dalam segala hal yang diinginkannya, selain bermaksiat kepada ALLAH. 
Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang bersifat lembut pada isterinya. Setiap hari suami yang baik kepada isterinya akan mendapat SERATUS SYAHID (kerana ikhlas dan sabarnya).”

Baca doa ini setiap kali selesai solat fardu.



Ya ayyuha allatheena amanooisbiroo wasabiroo warabitoo wattaqooAllaha laAAallakum tuflihoon

Maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, jangan lupa untuk share.