Thursday 8 December 2016

DOA MOHON AGAR DIMATIKAN DALAM HUSNUL KHATIMAH


*Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

*Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

*Sahabat yang di rahmati Allah,

*Sedar ataupun tidak, sesungguhnya manusia sedang menuju kepadanya. Tidak kira tua, muda, sihat ataupun sakit ia proses alamiah kepada sebuah kehidupan.

*Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Katakanlah sesungguhnya kematian yang kamu semua melarikan diri darinya itu, pasti akan menemui kamu, kemudian kamu semua akan dikembalikan ke zat yang Maha Mengetahui segala yang ghaib serta yang nyata.” (Surah Jum’ah ayat 8)
*Sentiasa mengingati mati dan bersiap sedia menghadapinya supaya kita dapat menuju ke alam baka dengan membawa kemuliaan dunia dan akhirat.

*Kita mengharapkn supaya dpt mengakhiri kehidupan dlm keadaan ‘husnul khatimah.’ Diantara tanda2 mati dalam keadaan husnul khatimah adalah:

*Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga.” (Hadis Riwayat Hakim) 
*Setiap kali selepas solat bacalah doa ini supaya dimatikan dalam husnul khatimah. Moga2 "ENDING" hidup kita yang baik.





*Maksudnya:

Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan islam, Akhirilah hidup kami dengan membawa iman, Akhirilah hidup kami dengan Husnul khotimah.