Thursday 8 December 2016

DOA UNTUK MELINDUNG BAYI DALAM KANDUNGAN



Kepada ibu2 yang mengandung ada 1 doa yg baik untuk diamalkan supaya kandungan uolsss sentiasa dipelihara-Nya sepanjang masa. Diambil dari Surah Al-Anbiya ayat 91-93. Bacalah surah ini selalu sampai uolsss selamat bersalin nanti.

Semoga bayi uolsss dijauhkan dari perkara yg tidak diingini. Dikurniakan anak yg soleh & taat akan perintah Allah SWT. Anak yg baik & tidak derhaka. Moga-moga dirahmati-Nya. Aminnnn...


Wallatee ahsanat farjahafanafakhna feeha min roohinawajaAAalnaha wabnaha ayatanlilAAalameen (91) Inna hathihi ommatukum ommatan wahidatanwaana rabbukum faoAAbudoon (92) WataqattaAAoo amrahum baynahum kullunilayna rajiAAoon (93)

Maksudnya:

Ayat 91: 

Dan (sebutkanlah peristiwa) perempuan yang telah menjaga kehormatan dan kesuciannya; lalu Kami tiupkan padanya dari Roh (ciptaan) Kami, dan Kami jadikan dia dan anaknya sebagai satu tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi umat manusia.

Ayat 92:

Sesungguhnya ugama Islam inilah ugama kamu, ugama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka sembahlah kamu akan Daku.

Ayat 93:

(Kebanyakan manusia masih berselisihan) dan berpecah-belah dalam urusan ugama mereka; (ingatlah) mereka semuanya akan kembali kepada kami (untuk menerima balasan).

Sekian sahaja yang dapat sis kongsikan, jangan lupa untuk share.