Monday 12 December 2016

DOA UNTUK MERAWATAN JERAWAT, BISUL DAN PENYAKIT BERKENAAN KULIT


Maksudnya:(Surah Thaha: Ayat 105,106 & 107)

105. Dan mereka (yang kafir) bertanya kepadamu (wahai Muhammad) dari hal gunung-ganang; maka jawablah: Tuhanku akan menghancurkannya menjadi debu ditiup angin.
106. Lalu Dia membiarkan tapak gunung-gunung itu (di bumi) rata lagi licin. 
107. Engkau tidak akan melihat pada tapaknya itu tempat yang rendah atau yang tinggi.


[;]Kaedah rawatanya. 

[;]Didahulukan dengan shalawat Nabi 3kali, Al-fatihah 1x & baca doa ini sebanyak 7kali. Baca pada air, boleh diminum bagi merawat bahagian dalaman kulit.


  • Basuh muka dengan air suam dahulu supaya pori-pori dipermukaan kulit itu terbuka. 
  • Kemudian gunakan cream pencuci muka yang biasa anda gunakan. Jenis pencuci muka itu terpulanglah. 
  • Selepas muka disapukan dengan pencuci muka. Sebelum membersih cream yang melekit dimuka itu. 
  • Cuci muka itu dengan ayer bacaan pada keseluruhan muka serta menggosok pada bahagian yang penuh jerawat.


P/S : Lakukan rawatan ni selepas bangun dari tidur & sebelum hendak tidur. lakukan sehingga jerawat korang tu berkurangan. Cepat ataupun lambat itu bergantung atas usaha sendiri). Kurangkan makanan yang berminyak seperti kacang..Makan banyak sayur-sayuran. Selalu gunakan timun & oleskan atas kulit yang bermasalah. Gunakan buah tomato, hiris tipis-tipis & gosok pada bahagian yang bermasalah. InsyaAllah dengan izin-Nya.

Bisul

Ambil asam jawa secukupnya dalam 1 sudu dan tuang sedikit air bacaaan & gaul sehingga sebati & tampalkan diatas bisul itu sehingga mata bisul pecah. Sebelum itu korang campur sedikit garam halus dalam asam jawa tadi. Insyaallah bisul korang tu akan mengecut & kering.


Segala penulisan di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan & sebagainya. Sekian saya dapat kongsikan.. Dipersilakan share.