Wednesday, 7 December 2016

Nukilkan dari seorang Hamba Allah.. "AKU SEORANG PENDOSA"

Tags

AKU SEORANG PENDOSA
{"}Aku yang baru saja lepas projek, aku rasa kotor....

{"}Aku mandi kat tandas masjid.

{"}Mandi sambil menangis....

{"}Aku nampak berus, aku sental badan aku sampai luka.

{"}Aku ini hina...

{"}Kali terakhir aku solat masa tu aku darjah 3. Masa tu aku anak murid kegemaran ustaz Fahmi.

{"}Otak aku cepat, boleh hafal 4 juzuk sepanjang darjah 3. Aku selalu solat berimamkan ustaz Fahmi.

{"}Aku sayang ustaz tu.

{"}Selalu belikan aku coklat, sponsor buku aku, mungkin sebab aku pandai, dan aku baik.

{"}Aku suka bagi makan kat kucing-kucing, duit belanja habis bagi makan kucing dan kawan-kawan.. aku lapar pun takpe.

{"}Tapi sejak aku pindah sekolah, aku tak nampak ustaz Fahmi dah. Aku jadi liar. Sampai jadi macam ni…

{"}Lepas badan dah luka disental2, aku bilas sampai bersih dan mula ambil wudhu'.

{"}Ya Allah, sekiranya nikmat kesihatan ini yang membuatkan aku alpa, berikanlah aku kesakitan.

{"}Agar dosa-dosa yang banyak ini lupus segenap-genapnya, sehingga tiada lagi dosa yang akan menarikku, menahanku dari berjumpa denganMu dalam keadaan Kau redhai.

{"}Aku doa untuk mak, bapak.

{"}Saudara mara aku.

{"}Perempuan2 yang aku dah rosakkan.

{"}Doa yang berulang-ulang sampai aku tertidur.

{"}Esoknya aku tersedar, aku dikelilingi ramai orang yang lihat aku tidur, kata mereka, aku tidur lena sampai dikejutkan dengan kuat pun tak sedar.

{"}Aku terkejut.....

{"}Aku tak bersedia berjumpa orang baik-baik. Aku malu. Aku takut dikerumuni macam ni.

{"}Jadi aku lari. Lari turun melalui tangga masjid dengan cepat untuk mencapai selipar ku.

{"}Akibat aku terlalu gopoh sampai tak nampak anak tangga, aku pun terjatuh. Kena kepala dulu.

{"}Akhirnya semua jadi gelap....

{"}Aku sedar di hospital dalam keadaan kaki yang kebas, aku dah tak boleh berjalan.

{"}Aku disahkan sakit kanser akibat toksik, kimia yang terlalu banyak. Usus perut aku rosak...

{"}Dan jadi apa yang aku jadi sekarang.

{"}Nampaknya Allah betul-betul makbulkan doa aku.

{"}Ternyata dosa aku tak terkira, sampai mati akan ku sakit begini.

{"}Sakitnya tak terkata ...

{"}Perit !!

{"}Kadang-kadang sakit dia macam nak ambik pisau, tikam diri sendiri biar aku mati. Aku tak tahan...

{"}Tapi aku sedar aku hamba.

{"}Aku ada iman.

{"}Aku tahu ini akibat dosaku.

{"}Jadi aku tahan,

{"}Relakan, redhakan

{"}Malah aku bersyukur.

{"}Sakit tapi hamba.

{"}Daripada sihat, cuba menjadi Tuhan...

{"}Kawan, kalau kau fikir, dunia ni syurga...BERTAUBAT LAH!

{"}Sebab, sungguh, dunia ini hanyalah sebuah PERSINGGAHAN yang memperdayakan...

{"}Doakan mak dan bapak aku terbuka hati untuk memaafkan anak mereka yang tak guna ni.

{"}Aku pergi tak lama lagi ni....

{"}Tapi aku tak boleh pergi dengan tenang kalau mak dan bapak aku tak bersemuka dengan aku dengan senyuman beri ampun.

{"}Kau beruntung, sihat tu Allah bagi lagi.

{"}Boleh tahajjud....

{"}Aku ni tiap kali solat kena bukak tiub dulu, kena mandi dulu.

{"}Tapi....Alhamdulillah solat aku cukup 5 waktu sepanjang 4 tahun aku duduk kat hospital ini.

{"}Selagi nyawa dikandung badan, kau cacat segala anggota pun, kau tetap hidup..

{"}Tetap hidup untuk menjadi hamba.

{"}Maka kau jangan sia-siakan....

{"}Jumpa lagi.

{"}Kat akhirat kelak.....

====================
Dinukilkan oleh seorang Hamba Allah...