Thursday 8 December 2016

Panduan Dan Doa Solat Hajat Yang Ringkas


#A) Lafaz Niat Solat Hajat: 

أصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Maksudnya:
Sahaja aku sembahyang sunnat hajat dua rakaat kerana Allah Ta'ala

#B) Bilangan Rakaat: 2 rakaat

Pada Rakaat Pertama setelah takbiratulihram:


  • Baca doa iftitah 
  • Baca Al Fatihah 
  • Baca Surah Al Kafirun 1 kali 
  • Melakukan rukuk, iktidal & sujud seperti biasa 


#C) Pada Rakaat Kedua 


  • Baca Al Fatihah 
  • Baca Surah Al Ikhlas 
  • Melakukan rukuk, iktidal & sujud seperti biasa 
  • Membaca Tahiyat Akhir 


#D) Memberi Salam 


#E) Berdoa selepas memberi salam: 

a. Mulakan dengan sujud sebentar dan bacalah DOA NABI YUNUS sebanyak 41 kali dalam sujud tersebut.



LAILAHAILLA ANTA SUBHANAKA INNIKUMTUM MINADZOLIMIN

b. Kemudian duduk seperti biasa dan mulai doa dengan lafaz memuji Allah S.W.T. & bersalawat kepada nabi S.A.W.

c. Setelah itu pohonlah hajat kepada Allah mengikut keinginan masing-masing seperti memohon kejayaan cemerlang dalam peperiksaan, dijauhkan dari maksiat dan lain-lain.

Contoh Doa Solat Hajat Ringkas



**Semoga panduan cara solat hajat ringkas ini dapat dimanfaatkan oleh kita semua untuk hidup yang lebih baik dengan keyakinan lebih teguh kepada Sang Pencipta, Allahu Rabbi...

**Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, Semoga kebaikan dan hajat-hajat yang baik dimakbulkan Allah.