Friday 9 December 2016

Petua penjagaan beg tangan suapaya sentiasa kelihatan baru & cantik.

Tags


19 tip mencuci untuk kesan kotor, menghilangkan kesan calar & menaikkan kembali seri kulit beg tangan kamu..


[:]1. Lap beg seminggu sekali . Campur sedikit sabun cecair dengan air suam dan guna kain lembap untuk membersihkan kotoran di bahagian luar beg kamu.


[:]2. Lap tekstur beg untuk mengelakkan kulitnya daripada rosak.


[:]3. Elakkan daripada menggunakan baby wipes, cuka atau sebarang ‘home remedy’ untuk membersihkan atau menanggalkan kotoran. Kebanyakkan produk ini mempunyai bahan kimia yang boleh merosakkan warna dan mengeringkan kulit beg. Lantas membentuk minyak pada kulit dan medatangkan masalah-masalah lain.


[:]4. ‘Rawat’ beg kamu secepat mungkin bila terkena dakwat. Perkara pertama kamu perlu lakukan adalah bawa beg ke pusat pembersihan profesional. Jika tak, cuba produk penanggal dakwat untuk kulit dan baca arahan penggunaan untuk pastikan beg kamu selamat. Keringkan elok-elok.


[:]5. Jika ada kesan dakwat lama, elakkan daripada menanggalkannya sendiri. Kesan kotoran degil seperti ini perlukan penjagaan profesional.


[:]6. Semasa kamu membeli beg, jangan buang kertas atau kabus di dalamnya. Masukkan semula bila kamu tak menggunakan beg untuk memastikan bentuknya kekal.


[:]7. Elakkan daripada menggunakan air pada kesan kotoran berminyak. Kerana ia boleh merosakkan permukaan kulit.


[:]8. Guna agen pembersih kulit profesional pada kesan kotoran degil. Krim jenis ini tak perlu dibilias. Walaupun harganya agak mahal sedikit, tapi hasilnya amat efektif.


[:]9. Pastikan produk pembersih yang dibeli sesuai untuk material secara spesifik. Pembersih kulit biasa tidak efektif pada suede berbanding pembersih spesifik.


[:]10. Pastikan kamu mencuba kaedah pembersihan pada beg lain (yang kamu tak sayang sangat) sebelum mencuba pada beg yang nak dibersihkan.


[:]11. Elakkan daripada memegang beg selepas kamu memakai krim tangan.


[:]12. Jika beg kamu ada dustbag (sarung beg), jangan lupa untuk pakai. Sarung ini bertujuan melindungi beg daripada berhabuk bila tidak digunakan.


[:]13. Jika kamu tidak ada dustbag, gantikan saja sarung bantal!


[:]14. Elakkan daripada menyimpan beg di tempat yang mudah terkena cahaya matahari. Ia boleh menyebabkan kulit cepat rosak dan warna luntur.


[:]15. Elakkan daripada memakai beg tangan warna lembut dengan pakaian gelap. Kerana dikhuatiri, pewarna daripada pakaian boleh terkena pada beg. Dan kotoran ini antara yang tersusah nak dihilangkan.


[:]17. Untuk kesan kotoran degil, cuba pakai pengilat kasut yang sesuai dengan warna beg dan gosok sedikit pada kawasan yang terkena.


[:]18. Jika beg berbau, elakkan daripada menggunakan pewangi berasaskan aerosol kerana ia boleh melunturkan warna serta merosakkan kulit beg.


[:]19. Cara lain untuk mengelakkan bau pada beg adalah letak tin serbuk penaik pada beg (buka penutupnya). Masukkan beg dalam dustbag atau sarung bantal dan biarkan selama 24 jam. Serbuk penaik akan menyerap sebarang bau yang tidak diundang.


Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, jangan lupa untuk share.