Wednesday 7 December 2016

Saya tak mahu suruh anak hantar kerana saya takut mereka berdosa jika menolak, memberi alasan atau menghantar dengan macam-macam perasaan.

Tags


{:}Sebuah teksi berhenti dibelakang kereta isteri saya yang menghantar saya untuk rawatan.

{:}Pemandu teksi keluar mengambil kerusi roda kerana orang tua yang dibawanya tak berupaya berjalan.

{:}Saya tolong menyorong ke dalam dan duduk disebelahnya.

{:}"Saya tengok Tuan Haji selalu dihantar oleh teksi, tak ada anak ke?" soal saya memula bicara.

{:}"Isteri dah meninggal. Anak dah kerja dan dah kahwin, tinggal berasingan.

{:}Saya tak mahu suruh anak hantar kerana saya takut mereka berdosa jika menolak, memberi alasan atau menghantar dengan macam-macam perasaan. Biarlah saya upah teksi."

{:}Dia diam sejenak. Saya dah bersedia mendengar luahan hatinya.

{:}"Sekarang saya sedar, kita bela anak untuk menyenangkan hidupnya. Jangan mengharap untuk menyenangkan hidup kita."

{:}Dia mula mengesat air mata.

{:}"Dosa berkata "uuf !" pun sudah cukup besar pada seorang anak, inikan pula menolak, memberi alasan dan bermuka masam bila diminta sesuatu.

{:}Biarlah, saya anggap saya sudah menamatkan tugas memelihara mereka. Biarlah mereka merenangi hidup tanpa diganggu"

{:}"Allahu Akbar!" Saya pula yang menitis air mata..

{:}Kata-katanya benar benar meredupkan hati saya.

{:}Bukan tak pernah menolak permintaan ayah, bukan tak pernah memberi alasan untuk tidak menunai permintaannya, bukan tak pernah bermasam muka dengannya.

{:}Ya Allah..orang tua ini bukan sahaja berjaya menunai tanggung jawabnya, tetapi melakukan lebih lagi dengan mengelak anak anak terjerumus dosa.

{:}Ayah dan emak siapa juga, akan mengorbankan seluruh kudrat yang ada demi kesejahteraan anak, yang lahir bukan atas paksaan tetapi naluri yang Allah jadikan.

{:}Jauh disudut hati mereka mengharap anak anak tempat bergantung dihari tua.

{:}Tetapi bagai dikata oleh orang tua yang saya temui, akhirnya bila zaman berubah, ramai anak yang terlupa, yang teralpa bila sibuk mengejar dunia.

{:}Ada anak yang hilang pertimbangan antara bapa yang telah tak berupaya serta membebankan dengan dunia yang perlu dihambat!

{:}Bapa yang baik akan meneruskan pengorbanannya seperti orang tua yang saya ceritakan, sehingga akhir hayatnya.

{:}Berhentilah memberi alasan kepada ibu dan bapamu kerana mereka tak pernah memberi alasan untuk memenuhi permintaan mu kecuali bila mereka benar-benar tidak berupaya!

{:}AL-FATIHAH kepada ibubapa kita samada yang masih hidup atau telah meninggal dunia.

{:}Aamiin....