Monday 12 December 2016

Taniah Ummi Nazeera!!! Semoga apa yang dirancang dipermudahkan..

Tags


Pelakon popular, Ummi Nazeera, 26 telah selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan keluarga yg hanya ingin dikenali sebagai Mr I ?, 29, pada sebuah majlis tertutup di kediaman keluarganya jam 2.30 petang semalam.


Tunang ummi nazeera yang di kenali sebagai Mr. I itu merupakan seorang doktor yang berasal dari ibu kota itu diwakili oleh keluarganya dan menyerahkan 5 dulang berbalas 5 juga oleh pihak keluarga ummi nazeera.


Pelakon drama bersiri popular, Patahnya Sebelah Sayap itu kelihatan sangat anggun dengan baju persalinan rekaan Fizi Woo pada hari bersejarah semalam.


Ummi nazeera yang di ditemui ketika majlis pertunangan beliau dengan lelaki berstatus bujang itu berkata, dia bersyukur kerana majlis yg dihadiri seramai seratus tetamu terdiri drpd keluarga yang terdekat kedua belah pihak itu berjalan dengan lancar.


"Bukan bertujuan mahu menyorokkan hari bahagia ini. Sebaliknya, keluarga saya mahukan sebuah majlis ringkas dan tertutup yang dihadiri oleh keluarga rapat sahaja. saya harus menghormati permintaan mereka yang menginginkan ruang privasi," -Ummi Nazeera


Beliau dan pasangannya bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun depan.


Taniah Ummi Nazeera!!! Semoga apa yang dirancang dipermudahkan.. Aminnnn..