Tuesday, 27 December 2016

Tahniah Diucapkan Kepada Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha Bakal Menimang Cahaya Mata Yang Ketiga


[:] Kami sebagai peminat ucapkan kepada Ayu Raudhah dan suami( Zaquan Adha ) yang kini sedang hamil anak yang ketiga dalam keluarga bahagia mereka. Menerusi akaun Instagram, Ayu Raudhah telah berkongsikan berita gembira tersebut dengan memuat naik gambar beliau dan suami berserta kepsyen yang seakan memberitahu dirinya kini hamil.



[:] Menerusi posting itu juga ramai yang mula membanjiri ruangan pelakon tersebut dengan ucapan tahniah serta gembira mendengar berita kehamilan beliau. Tidak lupa juga ada peminat yang teruja menantikan anak ketiga pasangan ini selepas Ayu hamil buat kali terakhir pada dua tahun lalu.



[:] Apapun sama-sama kita doakan semoga Ayu diberikan kesihatan yang baik selama dalam proses kehamilan. Dan semoga dengan kehamilan untuk kali ketiga ini dapat juga menambahkan lagi kebahagiaan serta keceriaan rumah tangga beliau. Taniah Ayu Raudhah..

8 Panduan Ketika Mengandung Jika Mahu Anak Bijak Dan Mendengar Kata

Gambar sekadar hiasan

8 Panduan yang boleh dilakukan ketika mengandung jika mahu anak bijak dan mendengar kata.


[:] 1. Pemakanan Sihat

#Makanan Yang Boleh Membunuh Parasit Dalam Badan Secara Semulajadi

#Makanan berkhasiat dan seimbang sangat penting dalam pembinaan otak bayi.

#Jadi, pastikan pemakanan seharian mengandungi karbohidrat, vitamin, mineral dan paling penting kaya dengan protein. Sama juga halnya dengan pengambilan minyak ikan Omega . Ia adalah makanan yang baik untuk perkembangan otak bayi. Malah, kandungan EPA dan DHA yang ada di dalam minyak ikan amat diperlukan untuk perkembangan bayi yang sihat.

[:] 2. Banyakkan Ibadat

#Islam amat menggalakkan anda mengamalkan beberapa aspek penting supaya anak yang dilahirkan berakhlak mulia. Antaranya, banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat; melakukan kebajikan dan meninggalkan segala larangan-Nnya.

#Anda dan suami dituntut memperbanyakkan solat sunat dan puasa sunat terutamanya pada Iisnin dan Khamis. Sama juga halnya dengan membaca al-Quran. Antara yang elok dibaca ketika hamil ialah surah al-Fatihah, Yasin, at-Taubah, Yusuf, Luqman, an-Nahl (ayat 78), al-Aa’raf (ayat 189) dan banyak lagi.

#Dengan membaca surah dan ayat ini, ia dapat memudahkan proses bersalin, mendapat anak yang sihat, sempurna, bijak dan soleh.

[:] 3. Amalan Bacaan Al-Quran

#Doa adalah senjata umat Islam. Oleh itu, anda digalakkan untuk kerap membaca surah al-Fatihah, al-Inshirah dan ayat Kursi. Suami juga perlu mengambil tanggungjawab membaca surah berkenaan dan dihembuskan ke perut anda.

#Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, al-untuk melapangkan hati dan fikiran manakala ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan. Apabila hati anda terang dan lapang, anak mudah menerima pelajaran. Malah, setelah anak lahir, anda masih boleh meneruskan bacaan berkenaan ketika menyusukannya. Amalan ini diyakini dapat menghasilkan anak yang bijak dan tinggi akhlaknya.


[:] 4. Sentuhan Kasih

#Berbicaralah sambil mengusap lembut perut. Lahirkan perasaan rindu menanti kelahirannya dengan penuh ikhlas. Kajian mendapati bayi yang mendapat perhatian sejak dalam kandungan jelas kelihatan lebih baik dan tidak banyak meragam berbanding golongan yang tidak mendapat perhatian daripada ibu bapanya.

#Ada pendapat menyatakan bahawa rangsangan sebegini amat efektif apabila kandungan menginjak usia enam bulan ke atas. ini disebabkan pada usia tersebut jaringan struktur otak bayi mula berfungsi dengan baik.

[:] 5. Emosi Terkawal

#Pastikan emosi anda sentiasa tenang agar anak yang bakal dilahirkan selalu riang dan tidak mudah meragam. Keadaan emosi yang tenang akan membantu perkembangan otak yang sihat dan pertumbuhan janin yang seimbang. Jadi, anda harus lebih banyak bersabar dan bersikap positif.

Percayalah, tingkah laku yang baik akan mempengaruhi sikap anak anda di masa hadapan. Malah, perasaan riang merupakan rangsangan kepada pembinaan otak yang pada masa yang sama dapat memastikan bayi yang sihat, pintar dan cerdas.

[:] 6. Muzik Klasik

#Perdengarkan janin dengan muzik klasik kerana ia diyakini dapat merangsang kecerdasan bayi sejak dalam kandungan. Oleh kerana muzik klasik memiliki pelbagai nada yang harmoni, ia mampu memberi rangsangan berupa gelombang alfa.

Gelombang ini berupaya menimbulkan ketenangan dan ketenteraman sehingga anak dapat memberi tumpuan yang lebih terhadap sesuatu perkara.

[:] 7. Pengetahuan Asas

#Perdengarkan juga beberapa jenis bahasa dan pelbagai pengetahuan asas yang mudah. Mulalah mengajar Aa-B-C, 1-2-3, kata-kata pengenalan diri seperti assalamualaikum, hello, ini ibu atau ayah dan sebagainya.

#Lakukan isyarat-isyarat mudah seperti menepuk perut dengan lembut, menggosok persekitaran perut, menggoncang perut perlahan-lahan dan kemudian usap lembut bagi menenangkannya.

#Rakamkan suara anda, suami dan ahli keluarga yang lain berserta bunyi-bunyian dan pasangkan earphone ke perut. Dengan cara itu bayi yang bakal lahir mudah mengecam suara-suara orang terdekat dengannya setelah dilahirkan kelak.

#Perkenalkan juga perbezaan suasana seperti terang dan gelap dengan menggunakan lampu picit yang disuluh ke perut. Lakukan rangsangan ini selama lima hingga 10 minit setiap kali melakukannya.

[:] 8. Latihan Matematik

#Orang Yahudi memang terkenal dengan barisan intelektual. Hal ini dipercayai berpunca daripada amalan wanita hamil Yahudi yang gemar membuat latihan matematik sepanjang tempoh kehamilan.

#Ternyata, amalan ini terbukti berkesan dalam merangsang perkembangan otak si anak. Jadi, jangan hairan kebanyakan anak-anak Yahudi dilahirkan bijak.

#Semoga semua ibu mengandung istiqomah melakukan amalan tersebut sambil jangan lupa berdoa memohon kepada Yang Maha Esa agar mengurniakan anak-anak yang soleh dan solehah kepada  kita.

Tips 7 'C' Sebab SUAMI BENCI ISTERI dari Dr Fadzilah Kamsah



Tips 7 'C' Sebab SUAMI BENCI ISTERI dari Dr Fadzilah Kamsah ini sis kongsikan untuk renungan bersama. Semoga BERMANFAAT untuk kita semua...


C1. CABAR

Isteri ni kalau bergaduh dengan suami mulalah kata

"Kalau awak berani cubalah [cabar suami cari perempuan lain]!"

Dr Fadillah kata JANGAN CABAR SUAMI ... nanti suami buat betul-betul isteri juga yang putih mata ...

C2. CABUL

Perbuatan dan kata2 isteri yang tidak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 yang tidak baik pada mertua ...

C3. CELUPAR

Celupar ni suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yang kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap ...

C4. COMOT

Isteri bila nak keluar rumah saja barulah nak comel berhias tapi kat rumah comot.

Suami pula di opis dok nampak y aje ...

Ada isteri kata - mekap untuk suami, .... tapi kat rumah tak mekap pun ...

C5. CEMBURU

Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan ... sikit2 dok telefon suami kat opis.

Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yang bukan2 ...

C6. CEREWET

Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat

C7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai ...

Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak ...

anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi ...

7C ni lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya ...

Berpelajaran tinggi hingga ke PhD pun...belum tentu tinggi akhlaknya.

Tapi manusia ni insan yg mudah lupa dan lalai ... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami dan keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu ..

sumber : Group Whatsapp

Doa Ketika Sebak Dada, Menghadapi Resah Gelisah Dan Doa Menolak Menolak Sihir

Asslamualikum.. Ini adalah Doa Ketika Sebak Dada, Menghadapi Resah Gelisah Dan Doa Menolak Menolak Sihir.



Ertinya : Bukankah kami ( ALLAH ) telah melapangkan dadamu ( ya Muhammad ) Dan telah kami ringankan bebanmu yang berat, Yang memberati punggungmu , Dan kami tinggikan ( muliakan ) namau, Maka sesungguhnya disamping kesukaran ada kemudahan, sesungguhnya  di samping kesukaran ada kemudahan, Apabila engkau telah selesai ( Mengejarkan satu perkejaan ) Maka bersusah payahlah ( mengerjakan yang lain ) Dan kepada tuhanmu, berharaplah.

Caranya : Dibaca dengan meletakkan tapak tangan kanan di dada sebelah kiri dan ditekan. Kemudian dibaca surah Al Insyirah 3 kali dan mohonlah supaya dilapangkan dada.





Ertinya : Maka setelah mereka melemparkan, Musa berkata : " Apa yang kamu lakukan itu, itulah sihir, sesungguhnya Allah akan menampak ketidakbenaranya. Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan terus berlangsung pekerjaan orang-orang yang membuat kerosakan"

Caranya : Baca sebelum tidur

Sumber Ehoza.com 

Harap kecik tak berdendam dan tidak bermasam muka meninggalkan Hyper Act- Ronnie


[:]Penyanyi Ronnie, 35, yang pernah bersama band, Hyper Act sebelum ini mengharap isu vokalis iaitu Kecik, meninggalkan kumpulan itu diselesaikan secara baik dan tanpa ada perasaan dendam.

[:]Ronnie yg yang pernah merasa situasi sama sebelum ini, mengamgap situasi yg Kecik alami adalah sebagai asam garam anak seni.

[:]"Salah faham dalam ahli kumpulan adalah lumrah biasa, bak kata pepatah 'sedangkan lidah lagi tergigit'.

[:]"Saya harap semua ini dapat diselesaikan dengan baik dan harap tidak wujud istilah bermasam muka akan datang.

[:]"Saya sendiri pernah berdepan situasi sama dan seandainya persetujuan sudah dicapai, maka itulah keputusan terbaik yg dibuat kedua2 belah pihak," kata Ronnie

[:]Kecik mendakwa sudah mendapat persetujuan ahli band untuk meninggalkan kumpulan Hyper Act.

[:]Pada Mei tahun lepas, Ronnie telah mengumumkan meninggalkan Hyper Act dan mendakwa hubungan dia dengan anggota lain kumpulan itu masih baik.

[:]Perkembangan baru kerjaya seni sebagai penyanyi solo, Ronnie tampil dengan single terbaharu berjudul Menanti Janji, yang menjadi runut bunyi drama rantaian Biar Aku Jadi Penunggu.

[:]Single karya Ippo Hafiz dan Janna Nick itu telah dipilih sebagai lagu tema drama bersiri yang disiarkan di slot Akasia TV3.

[:]Sumber BH

RAKAMAN pemandu sebuah bas ekspres yang dipercayai menggunakan telefon bimbit sambil merokok ketika memandu di Plaza Tol Tangkak ke Kuala Lumpur.


[:]Pihak berkuasa akan menyiasat rakaman pemandu sebuah bas ekspres yg dipercayai menggunakan telefon bimbit serta merokok ketika memandu di Plaza Tol Tangkak dari Kuala Lumpur hari ini.

[:]Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Muar ASP Suhaimi Ahmad, berkata pihaknya akan menyiasat perkara itu termasuk meneliti rakaman video yang dimuat naik seorang individu yg merakam kejadian itu.

[:]"Pihak polis akan lihat video serta gambar yang dikongsi oleh individu itu dan akan memanggil pemandu terbabit untuk disoal siasat,"

[:]Dan pihak polis juga akan menghubungi syarikat bas terbabit bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai jadual pemandu bagi mengenal pasti identiti pemandu itu bagi tindakan susulan.

[:]"Pihak polis memandang serius tentang perkara ini dan siasatan lanjut akan dilakukan sebelum membuka kertas siasatan,"

[:]Rakaman video pemandu sebuah bas ekspres yang dipercayai menggunakan telefon bimbit sambil merokok ketika memandu di Plaza Tol Tangkak dari Kuala Lumpur. Sementara itu, usaha mendapatkan penjelasan daripada syarikat bas terbabit juga gagal. Dua rakaman video yang berdurasi antara 17 dan 19 saat itu dimuat naik oleh pengguna akaun laman sosial yg menggunakan nama Firdaus Wong Wai Hung pada 7 jam yang lepas.

 [:]Video berkenaan yg menjadi viral di laman sosial itu telah menunjukkan pemandu bas itu memandu sambil mengguna telefon bimbit dan merokok, sekali gus menunjukkan sikap sambil lewa pemandu terbabit.  video itu dimuat naik ketika firdaus menaiki bas berkenaan dari Terminal Bersepadu Selatan pada jam 11.30 pagi  untuk menuju ke Muar.

[:]Kedua-dua video itu mendapat menjadi viral di laman sosial dan telah ditonton lebih 3ratus ribu pengguna laman sosial

Sumber BH ONLINE

Subahnallah.. Ibu yang sedang berpantang meredah banjir sambil mengdukung bayinya untuk ke pusat permindahan


[:]KEMAMAN: Seorang ibu muda yang berani sanggup meredah air paras pinggang sejauh 200 meter ke pusat pemindahan sambil mendukung bayi baru dilahirkan, itu antara detik cemas yang terpaksa diharungi beliau apabila rumahnya dinaiki air malam tadi.

[:]Suhaili Saharuddin, 21, dari Kampung Padang berkata dia terpaksa meredah air banjir itu pada kira2 3 pagi sambil mendukung bayinya yg baru berumur 15 hari, Nur Sofia Mohd Rizal manakala suaminya mendukung seorang lagi anak mereka berumur tiga tahun.

[:]"Masa tu saya sedang tidur, suami kejutkan beritahu air mula memasuki rumah... saya agak panik pada mulanya sebab risaukan bayi dan kami terus ambil keputusan untuk pindah.

[:]"Saya redah air hingga paras pinggang sambil dukung anak... Allah je tahu, rasa takut sebab tengah2 malam redah air, tapi saya kuatkan diri untuk selamatkan anak," katanya ketika ditemui Bernama di Pusat Pemindahan Banjir Sekolah Menengah Kebangsaan Badrul Alam Shah, Kemasik di sini, hari ini.

[:]Suhaili berkata dia tinggal di Paka dan pulang ke rumah bapanya itu petang semalam untuk menghabiskan tempoh pantangnya.

[:]"Alhamdulillah, saya diberikan khemah, toto dan tikar dan makan pun diberikan lauk yang sesuai untuk orang berpantang... syukurlah.

[:]"Pagi tadi pegawai kesihatan datang dan bawa bayi saya ke klinik untuk rawatan dan pemeriksaan sebab anak saya demam kuning... Alhamdulillah, saya memang berterima kasih atas layanan ini," kata ibu muda itu.

[:]Abdul Rasid Ibrahim, 44, pula berkata ini kali kedua rumahnya dinaiki air sejak tinggal di perumahan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Baru Kanan, Kemasik pada September lepas.

[:]"Hujan memang lebat sejak pukul 8 malam... sekitar pukul 1 pagi air mula memasuki rumah, saya dan isteri sempat mengemas perabot dan barang untuk diletakkan di tempat lebih tinggi. Kami pindah ke pusat pemindahan sekitar pukul 5 pagi," katanya.

[:]Sementara itu, Pegawai Daerah Kemaman Rosman Roslan berkata sehingga 12 tengah hari tadi, sebanyak 63 orang daripada 17 keluarga di daerah ini dipindahkan ke tiga pusat pemindahan banjir iaitu di SMK Badrul Alam Shah, Balai Raya Kampung Padang Kemunting dan Balai Raya Kampung Batu 9, Ibok.

[:]Sumber Awani