Wednesday 25 November 2015

Resepi Kek Batik Marie Leleh

Tags

(Gambar sekadar hiasan)

Bahan-bahan Kek Batik Marie Leleh


  • 1 paket biskut marie
  • 125 gram mentega
  • 150 gram coklat masakan
  • 3 biji telur
  • ½ cawan kecil susu segar
  • 3 sudu susu pekat
  • 80 gram milo/horlick


Bahan Hiasan


  • ½  Coklat masakan / Ganache
  • 2 sudu susu pekat
  • 2 kiub mentega


Cara Membuatnya:


  • Pukul telur sehingga hancur dan dan selepas itu, ketepikan telur itu dahulu.
  • Panaskan susu segar di dalam periuk dengan api kecil tetapi jangan sampai mendidih.
  • Masukkan susu pekat, milo, dan coklat masakan. Kacau hingga larut.
  • Masukkan mentega dan telur, kacau hingga mendidih dan adunan menjadi pekat dan   berkilat.
  • Masukkan biskut marie dan gaul hingga rata. Biarkan seketika sehingga biskut agak lembut.
  • Masukkan ke dalam loyang atau acuan yang sesuai dan tekan hingga mampat.
  • Simpan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.


Cara-cara Membuat Bahan Hiasan:


  • Panaskan coklat masakan/ganache secara double boiler.
  • Masukkan susu pekat dan mentega.
  • Kacau hingga sebati.
  • Keluarkan kek batik yang telah disejukkan dan tuang bahan hiasan ini di atas kek batik tersebut.