Wednesday 16 December 2015

"Kau Aku KIta" Drama Terbaik 2015!

"Kau Aku KIta" Drama Terbaik 2015!
Kuala Lumpur- Kota Damansara, menurut kenyataan akhbar dan media, drama bersiri yang baru sahaja tamat baru-baru ini telah mencipta satu sejarah dalam industri penyiaran televisyen negara.

Malahan, mencatat  "viewers" paling tinggi ditonton dalam sejarah Malaysia untuk tahun 2015 setapak di hadapan mendahului drama Mr. Arrogant, dan pelbagai jenis drama lagi.

Tidak mampu dinafikan lagi akan kebolehan JS Pictures kelolaan Jinggo JS Pictures dan olahan jitu oleh Hajjah Sheila Rusly antara faktor kejayaan drama bersiri ini mencipta cetusan fenomena dalam Malaysia.


Lambakan drama "sampah" dalam Malaysia seakan-akan tumbuh bak cendawan selepas hujan, namun, JS Pictures telah menidakkan hukum aliran industri drama Malaysia.

Percaya atau tidak, rancangan #KAUAKUKITA, ini telah  melintasi sempadan negara sehingga Indonesia dan Singapura, Brunei turut "ketagih" dengan tujahan episod-episod yang sangat mencuit hati, serius, drama, dan sesuai untuk ditonton oleh seisi keluarga.

Watak utama Iman Firdaus yang dilakonkan oleh Janna Nick dan Syahrul Ridzwan ini mendapat reaksi yang sangat "MAHA" dahsyat sehinggakan follower ataupun fans kedua-dua pelakon ini meningkat dengan mendadak.


Sebelum drama #KauAkuKita, rentetan yang dikemudi oleh JS Pictures Oleh Hajjah Sheila Rusly dan Abang Jinggo kita ini adalah drama " Syurga Nur".

Kesan daripada penggunaan laman sosial facebook rasmi Resepi Sheila Rusly, "engagement" yang dilakukan menyebabkan hampir 50 juta viewers dalam laman alam maya.

Menurut Abang Jinggo (Director Drama #KauAkuKita)

" Jika boleh saya menghasilkan karya yang berlainan, tetapi saya menyambut cabaran mengatakan tiada siapa yang mampu untuk menandingi slot AKASIA di TV3 pada pukul 7.00 malam hingga 8.00 malam itu, lebih-lebih lagi drama kau aku kita bersiaran pada pukul 9.00 malam".

"Alhamdulillah, berkat kegigihan dan kerjasama semua pihak telah menjayakan drama ini, saya panjatkan rasa syukur terhadap ilahi dan jutaan terima kasih kepada penyokong yang tidak henti-henti menyokong drama arahan saya dan isteri saya, HAJJAH Sheila Rusly". Kata Abang Jinggo.

"Durian Runtuh" lagi buat pasangan suami isteri ini berterusan apabila Hajjah Sheila Rusly telah mengeluarkan produk PERFUME yang diberi nama MATAHARI SHEILA RUSLY yang kini hangat di pasaran. 


p/s: Jangan lupa untuk menonton drama JS PICTURES yang bakal menemui anda tidak lama lagi, #AnakkuDIVA

Tahniah pihak kami ucapkan kepada Abang Jinggo dan Hajjah Sheila kerana berjaya dalam memberikan hiburan yang berkualiti untuk negara.

Semoga sukses selalu. Aamiin.