Thursday 21 January 2016

10 KEGUNAAN GARAM YANG ANDA BOLEH BUAT DI RUMAH

Tags


[#]1. Buah nenas yang terlalu masam boleh berkurangan rasa masamnya jika anda menyapukan sediikit garam halus sebelum makan.

[#]2. Ubi kentang akan mudah dikupuas kulitnya jika direndam dengan sedikit air garam terlebih dahulu.

[#]3. Jambangan bunga hidup akan tahan lama sekiranya anda memasukkan sedikit garam ke dalam airnya.

[#]4. Air garam boleh digunakan untuk membersihkan periuk hitam iaitu menggosok periuk tersebut dengan air garam sewaktu ia masih panas.

[#]5. Untuk mengelakkan rasa pijar dan panas pada tangan sewaktu menggiling cili atau cili padi, sapukan garam halus pada tangan sebelum memulakan proses menggiling atau menumbuk cili.

[#]6. Untuk mengurangi peluh yang banyak keluar dari badan, anda boleh cuba minum air garam terlebih dahulu.

[#]7. Campuran garam dan air limau nipis boleh memutihkan marmar di rumah anda.

[#]8. Air kopi yang dibancuh akan lebih enak jika dimasukkan sedikit garam di dalamnya.

[#]9. Minum air campuran garam dan asam jawa yang tua boleh mengurangkan rasa bisa akibat terseliuh atau terkehel.

[#]10. Jika anda mengalami ulser di dalam mulut, bancuh sedikit air garam suam dan minum. InsyaAllah sakit dan pedih akan berkurangan.

#selamat mencuba