Bahan-bahan yang perlu anda sediakan ialah:-
^^10 gram serbuk agar-agar
^^1/2 liter air (2 cawan) - saya guna sukatan liter
^^250 ml santan pekat (100 ml santan kotak dan air)
^^1 biji telur - masukkan dlm santan dan kocak dg garfu
^^Secubit garam
Bahan-bahan untuk air gula:-
^^1/2 liter air (2 cawan)
^^1 ketul gula melaka (lebih kurang 200 gm)
^^1/4 cawan gula pasir
^^2 helai daun pandan - disimpul
Cara-cara untuk membuatnya ialah:-
^^Masak gula melaka yg diracik halus, gula pasir bersama 2 cawan air serta daun pandan. Masak sehingga mendidih sambil dikacau. Bila dah siap, angkat, tapis dan jadikan jumlah air gula Melaka sebanyak 2 cawan.
^^Dalam periuk lain, masak 2 cawan air bersama dengan serbuk agar agar sehingga mendidih. Kemudian masukkan 2 cawan air gula melaka tadi dan sentiasalah di kacau hingga didih.
^^Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur dan garam. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana.
^^Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk sehingga kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.
^^Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk.
Tip Penting:-
^^Selepas memasukkan santan ke dalam periuk, biar adunan menggelegak lama sikit dalam 1 minit atau lebih. Ataupun, selepas masukkan santan, bila adunan mula mengelegak, kuatkan api dapur hingga adunan mengelegak kuat. Tapi kena hati-hati jangan sampai adunan membuak dan melimpah keluar dari periuk. Kacau-kacau adunan dalam 1 minit.
^^Kalau suka lapisan santan tu nipis, kurangkan kuantiti santan di dalam resepi. Nanti dapatlah lapisan santan yang nipis sikit berbanding dengan bahagian bawahnya.
