Saturday 16 January 2016

TIPS PENJAGAAN KULIT TANGAN DARI NAMPAK BERKEDUT

Tags


*BIJAK MEMILIH PRODUK 

(^)Kaum wanita tidak terlepas daripada melakukan kerja rumah seperti membasuh pinggan dan baju dengan menggunakan bahan pencuci Bahan kimia dalam bahan pencuci boleh menyebabkan kerengsaan atau alahan pada kulit tangan apatah lagi jika tidak dibilas dengan baik Memandangkan bahan kimia dalam pencuci antara faktor yang membawa kepada kulit tangan yang tidak sihat, pilihlah bahan pencuci yang lebih lembut pada tangan contohnya bahan pencuci yang mengandungi Vitamin E

*LEMBUTKAN KULIT TANGAN 

(^)Terdapat tips yang mudah untuk melembutkan kulit tangan iaitu dengan melenyekkan pisang dan kemudian gaulkan dengan sedikit mentega Selepas itu lumurkan pada tangan dan urut perlahan-lahan. Biarkan sehingga kering kemudian bilas dengan air

*ELAK BASUH TANGAN GUNA AIR PANAS 

(^)Air panas boleh memberikan kesan yang negatif pada kulit. Jadi sebaik-baiknya jangan terlalu kerap membasuh tangan menggunakan air panas

*GUNA “HAND CREAM” 

(^)Hand cream biasanya digunakan sebagai cream perawatan untuk menjaga kecantikan dan kelembutan serta menggelakkan penuaan tangan jadi pilihlah Hand Cream yang bersesuaian

*ELAK AKTIVITI YANG TERDEDAH KEPADA SINARAN MATAHARI TERLALU LAMA 

(^)Keadaan ini secara tidak langsung menyebabkan kita terdedah kepada pancaran ultra ungu (UV) yang banyak terutama pada waktu tengah hari Terdapat dua jenis pancaran ultra ungu iaitu sinaran UVA dan UVB yang menyumbang kepada proses penuaan kulit

*EKSFOLIASI 

(^)Eksfoliasi adalah proses pengelupasan kulit untuk menanggalkan sel kulit mati ia sangat sesuai kepada tangan yang kuat bekerja yang menyebabkan kulit kasar dan tidak bermaya. Amalan ini boleh memperbaharui dan menyerikan kulit

*PAKAI SARUNG TANGAN 

(^)Pakai sarung tangan ketika melakukan aktiviti gaya hidup sihat seperti berkebun dan bagi wanita yang sering memandu di siang hari disyorkan pakai sarung tangan untuk perlindungan UV kerana selalunya cahaya matahari akan terus menyambar pada bahagian tangan yang memegang stereng kereta