(^_^)Tampil Cantik dengan air putih
(-_-)Minum air secukupnya iaitu sekurang-kurangnya dua hingga tiga liter setiap hari. Air yang mencukupi adalah perlu bagi mengelakkan kekeringan dan menyingkirkan toksin keluar dari badan.
(^_^)Tampil cantik dengan bersenam
(-_-)Lakukan senaman secara berkala sekurang-kurangnya 20 minit setiap sesi sebanyak tiga kali seminggu. Antara senaman yang boleh dilakukan seperti berlari, berjalan laju, berbasikal, menari dan aerobik.
(^_^)Tampil cantik dengan tidak merokok
(-_-)Merokok bukan sahaja membahayakan kesihatan, tetapi juga memburukkan kecantikan anda serta menyebabkan kulit menjadi kering.
(^_^)Tampil cantik dengan pemakanan seimbang
(-_-)Makan secara seimbang mengikut keperluan tubuh anda. Biasakan diri dengan penuhkan pinggan dengan sayur terlebih dahulu, kemudian tambah hanya sedikit nasi dan lauk. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
(^_^)Tampil cantik dengan penjagaan wajah
(-_-)Lakukan penjagaan wajah secara rutin iaitu membersih, menyegar dan melembap kulit wajah dua kali sehari. Pastikan sisa solekan di wajah anda dibersihkan dengan sempurna bagi mengelakkan pori-pori kulit tersumbat.
(^_^)Tampil cantik dengan menjaga emosi
(-_-)Kawal tekanan emosi anda secara positif, ingatlah bahawa setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Jaga hubungan baik anda dengan Allah SWT dan manusia lain. Sentiasa bersangka baik dengan orang lain.
(^_^)Tampil cantik dengan sentiasa ceria
(-_-)Selain daripada kecantikan luaran, kecantikan dalaman diri juga perlu dijaga. Keceriaan di wajah akan terpancar dari dalam hati yang ikhlas. Berikan salam kepada orang lain dan sedekahkan senyuman kepadanya.
