Sunday 21 February 2016

Al-Fatihah, ustaz kazim rebah buat kali kedua



Ustaz Kazim kazim elias yang diserang sakit jantung sebelum ini dilaporkan akan menjalani rawatan ujian angiogram kerana telah disahkan doktor mengalami luka dibahagian otot jantung.

Ketika ini, kesihatan Ustaz kazim semakin stabil dan dikawal rapi oleh pihak Hospital USM Kubang Kerian.

Menurut pembantu peribadinya, menjelaskan adalah tidak benar sama sekali ada sesetengah pihak yang mendakwa Ustaz Kazim telah meninggal dunia.

 "Alhamdulillah, keadaan DUKE semakin baik dan berita kematian beliau adalah palsu. Diharap sahabat mengabaikan berita tersebut. Di HUSM ini DUKE mrndapat rawatan terbaik dr pakar2 perubatan yg terlatih dan professional. Terima kasih atas doa2 kalian."  jelas pembantu peribadinya.

Menurut beliau lagi kepada peminat Ustaz Kazim, mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka tidak pernah putus mendoakan kesihatannya.

Ini merupakan kali kedua beliau rebah selepas 2013.

Ustaz Kazim dilaporkan rebah ketika mengadakan ceramah di Bachok Kelantan yang sekadar mampu berucap hanya lima minit di hadapan ribuan peminatnya.

Beliau epatutnya menjayakan ceramah anjuran Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) di pekarangan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sri Gunong, Bator, kelmarin.

Majlis ceramah perdana itu bermula jam 9.30 malam membawa tajuk kupasan 'Jihad Agro Makanan Negara'.