Monday 29 February 2016

Ikuti Teknik Ini Untuk Kecilkan Lengan Yang Gelebeh

Tags


1. [!~!]Angkat berat

[::]Jadikan gim sebagai rumah kedua anda demi mendapatkan tubuh yang diinginkan. Kalau anda nak sangat sepasang lengan yang cantik maka amalkan latihan angkat berat ini sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Mulakan dengan beban yang mampu diangkat tetapi dapatkan bantuan daripada jurulatih bertauliah. Jika tidak ada kelapangan masa untuk pergi ke gim, beli dumbbell di kedai yang menjual peralatan senaman dan praktik di rumah.

2. [!~!]Makanan kena pandai pilih

[::]Kena bijak gabungkan kumpulan makanan bagi mendapatkan bentuk tubuh menawan dan lengan yang cantik. Utamakan sayur-sayuran, buah-buahan, daging, kekacang, bijirin, makanan rendah karbohidrat dan makanan berasaskan tenusu. Dengan mengambil makanan daripada kumpulan tersebut, hasilnya cukup baik dan cepat berbanding diet dengan cara berlapar.

3. [!~!]Minum air yang cukup

[::]Ramai sedia maklum bahawa air cukup penting bagi membuang sisa toksik di dalam badan. Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari untuk mengekalkan tahap kesihatan dan kecantikan tubuh badan termasuklah di bahagian lengan.

4. [!~!]Ringankan tubuh bersenam

[::]Aerobik adalah medium yang paling berkesan untuk menggerakkan keseluruhan badan. Gerak senam ‘windmill’ atau kincir angin pula dikatakan berupaya memberikan bentuk lengan yang kurus. Caranya mudah, dengan mengangkat kedua belah tangan. Tangan kanan dikehendaki mencapai kaki kiri dan bangun semula untuk mengulang perbuatan yang sama di tangan serta kaki berbeza. Atau lebih mudah buat seakan menumbuk sesuatu bagi mendapatkan sepasang lengan yang pejal.

5. [!~!]Tekan tubi

[::]Lengan kurus dapat dibentuk dengan senaman tekan tubi. Pergerakan tersebut mampu mengurangkan tisu-tisu lemak di bawah lengan. Cita-cita anda untuk mendapatkan sepasang lengan cantik mungkin tercapai apabila dilakukan secara konsisten.