Sunday 28 February 2016

Resepi Puding Roti Arab Gebu

Tags


Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

(0_0)4 keping roti
(0_0)4 sudu besar gula pasir
(0_0)2 biji telur
(0_0)2 sudu besar butter
(0_0)1 tin susu cair ideal – 375ml @ susu segar
(0_0)1 sudu kecil esen vanila

Bahan-Bahan Kering –

(0_0)1/2 cawan cornflakes
(0_0)kismis, badam, gajus
(0_0)2 biji aprikot (dihiris)
(0_0)2 biji kurma (dihiris)
(0_0)2 biji buah tin (dihiris)

* Ikut selera nak letak bahan kesukaan anda

Cara-cara untuk Membuatnya ialah:-

1. (0_0)Sapukan roti dengan butter, sebelah bahagian roti sahaja.

2. (0_0)Potong roti kepada 2 bahagian dan susun lapisan pertama ke dalam acuan. Masukkan conflakes dan sedikit bahan kering.

3. (0_0)Susun baki roti untuk lapisan kedua dan taburkan baki bahan kering di atasnya.

4. (0_0)Dalam mangkuk lain, pukul telur dengan gula. Setelah gula hancur masukkan susu dan esen vanila.

5. (0_0)Kacau sebati dan tuangkan ke dalam acuan berisi roti tadi. Biarkan roti kembang sekejap.

6. (0_0)Masukkan adunan ke dalam pengukus. Kukus menggunakan api sederhana selama 20 ke 25 minit, jangan buka pengukus selagi belum 20 minit.

7. Bila dah masak, boleh di makan semasa panas atau sejuk (simpan dalam peti ais).