Saturday 27 February 2016

Resepi Tart Kentang Bersama Mozzarella Cheese Sedap

Tags


Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

(^^)5 biji kentang – dikupas, basuh bersih dan diparut halus
(^^)1 biji karot di kupas dibasuh dan diparut halus
(^^)1/2 biji bawang besar juga diparut
(^^)Sedikit potongan daun bawang
(^^)2 batang crab stick/hot dog dipotong kecil
(^^)1/4 cawan susu segar
(^^)3 biji telur
(^^)1 packet mozzarella cheese
(^^)garam dan serbuk lada putih secukup rasa
(^^)2 sudu besar tepung jagung
(^^)Serbuk Lada Hitam

Cara-cara untuk Memasaknya ialah:-

1. (^^)Campurkan parutan kentang ,carrot dan bawang besar dalam satu bekas. Perah keluar airnya sebanyak yang boleh.

2. (^^)Susu dipukul bersama telur dan tuangkan kedalam campuran kentang tadi. Kacau rata. Masukkan daun bawang isi ketam dan segenggam penuh cheese dan gaul sebati.

3. (^^)Sapukan butter atau minyak masak sekeliling muffin pan. Masukkan sesudu besar adunan (atau hampir penuh) ke dalam acuan dan letakkan sedikit cheese diatasnya.

4. (^^)Bakar dgn kepanasan 190C selama lebih kurang 20 minit atau sampai cheese bertukar keperangan.

5. (^^)Sedap dihidang bersama sos pilihan atau makan begitu sahaja.