Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:
Bahan Untuk Grill Chicken –
[\\\]4 keping whole leg (debone/tanpa tulang)
[\\\]1/2 kiub ayam
[\\\]2 sudu besar sos tiram
[\\\]2 sudu besar kicap manis
[\\\]3 ulas bawang putih – tumbuk kasar
[\\\]1cm halia – tumbuk kasar
[\\\]Lada hitam, lada sulah
[\\\]Sedikit olive oil
Bahan Untuk Mashed Potato –
[\\\]3 biji kentang besar
[\\\]2 sudu besar mentega
[\\\]1/4 cawan susu segar
[\\\]Serbuk Lada hitam kasar
Bahan Untuk Coleslow –
[\\\]3/4 kobis putih – dihiris halus
[\\\]1/2 kobis merah/purple – dihiris halus
[\\\]1 lobak merah – dihiris halus
[\\\]1 bawang merah – dimayang halus
[\\\]1 sudu makan gula
[\\\]1 botol mayonis coleslow brand lady’s choice
[\\\]Jus perahan 1/2 biji lemon
Bahan Untuk Sos –
[\\\]1 biji bawang besar holland – dicincang halus
[\\\]4 sudu besar tepung gandum
[\\\]1 kiub ayam
[\\\]2 sudu besar sos tiram
[\\\]2 sudu besar kicap manis – untuk gelapkan sos
[\\\]4 sudu besar sos lada hitam
[\\\]2 sudu besar lada hitam ditumbuk kasar
[\\\]air yang mencukupi
[\\\]Sedikit oregano kering
[\\\]2 sudu besar mentega
Cara-cara untuk memasaknya ialah:
Cara Menyediakan Grill Chicken –
1. [\\\]Bersihkan ayam dan lap hingga kering.
3. [\\\]Cucuk sedikit bahagian yg ada isi dengan garfu/pisau supaya bahan perapan meresap ke dalam ayam.
4. [\\\]Lumurkan kepingan ayam dengan kiub ayam, lada hitam dan lada sulah.
5. [\\\]Gaulkan pula dengan sos tiram dan kicap manis.
6. [\\\]Akhir sekali gaulkan ayam dengan bahan tumbuk.
7. [\\\]Letakkan sedikit olive oil supaya ayam tak kering.
8. [\\\]Perap ayam sekurang2nya selama 1 jam. Kalau nak lagi best perap semalaman.
9. [\\\]Bakar daging sehingga masak gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tidak hangus.
Cara Menyediakan Mashed Potato –
1. [\\\]Kupaskan kentang dan potong dadu kecil.
2. [\\\]Rebus kentang bersama secubit garam sehingga empuk.
3. [\\\]Bila empuk, toskan air. Terus lenyek kentang dalam keadaan kentang masih panas.
4. [\\\]Masukkan susu segar sedikit demi sedikit dan mentega. Gaulkan hingga rata.
5. [\\\]Persakan dengan garam. Tambakan lada sulah dan lada hitam jika suka.
Cara Menyediakan Coleslow –
1. [\\\]Campurkan gula, jus perahan lemon dan mayonis dalam mangkuk dan kacau sehingga gula cair.
2. [\\\]Masukkan mayonis dan gaulkan hingga sebati.
3. [\\\]Perasakan, tambahkan perasa yg patut. kemudian, simpan dalam peti ais.
Cara Menyediakan Sos Black Pepper –
1. [\\\]Cairkan mentega ke dalam periuk, tumiskan bawang besar hingga layu dan wangi.
2. [\\\]Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar, tumis sekejap.
3. [\\\]Masukkan air dan kacau hingga sebati.
4. [\\\]Kemudian,masukkan pula kiub ayam, sos lada hitam, sos tiram dan kicap. Kacau lagi.
5. [\\\]Kalau nampak pekat sangat boleh tambahkan sedikit air. Masukkan oregano. Didihkan.
6. [\\\]Sesuaikan rasa. Kalau nak lebih gelap tambah sukatan kicap.
Cara Hidangan –
1. [\\\]Hidangkan grill chicken bersama mashed potato, fried fries, coleslow, tuangkan sos black pepper ke atas ayam.