Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-
{<>}2 ekor ketam saiz besar
{<>}2 camca besar sos cili
{<>}1 camca besar cuka makan
{<>}Garam dan gula secukup rasa
{<>}1/2 cawan air
{<>}1 biji telur, dipukul sedikit
Bahan Kisar –
{<>}6 biji bawang merah
{<>}4 biji cili merah
{<>}1/2 inci belacan
{<>}2 biji buah keras
{<>}2 ulas bawang putih
{<>}1/2 inci halia
Bahan Hiasan –
{<>}Hirisan daun bawang
{<>}Hirisan cili merah
{<>}Bawang goreng
Cara-cara untuk Memasak:
1. {<>}Ketam dibersihkan. Potong kaki-kaki kecik, buang kulit kerasnya, jangkir ketam diketuk sedikit, dan ketam itu dikerat dua (Kalau tak kerat pun boleh).
2. {<>}Lap ketam bagi kering dan lumur dengan sedikit garam. kemudian, goreng dalam minyak panas hingga ketam berubah warna kemerahan. Angkat dan toskan.
3. {<>}Keluarkan minyak dan tinggalkan untuk menumis. Masukkan bahan kisar halus dan sos cili tadi, tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana dan kacau selalu.
4. {<>}Masukkan cuka, air dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masukkan ketam, gaul rata dan masak sekejap.
5. {<>}Kemudian, tuang telur tadi disekeliling ketam. Biar sekejap dan gaul rata hingga menyaluti ketam tadi.
6. {<>}Masak hingga pekat, matikan api. Alih dalam pinggan yang sesuai dan tabur dengan bahan-bahan hiasan. Hidangkan.