Saturday, 2 April 2016

5 Tip Pakai 'Heels' Cara Selamat. No. 3 Tu Wajib Buat

Tags


Tidak dapat dinafikan, kasut bertumit tinggi merupakan pelengkap gaya seorang wanita. Kita mudah tertarik dengan rekaannya dan matlamat untuk tampil lebih menawan berbanding berkasut rendah. Tetapi sebenarnya, tiada yang baik mengenai kasut bertumit tinggi selain dari rekaannya.

Mungkin ramai wanita tidak sedar atau pura-pura tidak sedar bahawa pemakaian kasut bertumit tinggi boleh memberi impak negatif pada badan. Namun disebabkan terpengaruh dengan kata-kata, ‘no pain, no gain’ , semuanya ditolak ke tepi. Namun jangan risau, ada beberapa senaman yang boleh dilakukan bagi anda yang gemar bertumit tinggi. Sekurang-kurangnya kita mampu menjaganya.

Putaran kaki

Pergelangan kaki akan menjadi stress setelah seharian kaki terperangkap di dalam kasut bertumit tinggi. Jadi, anda boleh lakukan senaman kaki dengan memusingkan tapak kaki beberapa kali. Perkara ini boleh dilakukan sambil duduk ketika menyiapkan kerja atau di mana-mana sahaja. Lakukannya sehingga 40 ke 50 kali.

Lakukan ‘calf raise’

Senaman ini sesuai dilakukan untuk anda yang ingin menguatkan otot di bahagian betis dan peha. Langkahnya amat mudah iaitu berdiri di bahagian penjuru, dan naikkan tumit anda beberapa inci sehingga anda betul-betul berdiri menggunakan jari kaki anda dan turunkan sedikit demi sedikit sehingga anda dapat merasakan regangan di otot kaki anda.

Pusingan buku lali

Stilleto tinggi mungkin akan menampakkan anda  lebih seksi tapi bayangkan, berjalan dengan kasut itu mampu melemahkan otot anda malah ia menyakitkan. Untuk meredakan kesakitan kaki, cuba berdiri dan naikkan tumit kaki anda. Lakukan bulatan penuh menggunakan buku lali kaki anda sebanyak 20 kali. Kemudian urut kaki anda secara putaran terutama di bahagian buku lali. Cara ini mampu mengurangkan regangan pada buku lali dan membuatkan kaki lebih selesa.

Regangan

Lakukan beberapa jenis regangan seperti duduk rehat dengan melunjurkan kaki selama 10 minit. Cara ini dapat membantu memperbaiki pengaliran darah. Cuba juga untuk mengangkat hujung kaki beberapa kali bagi memberi kelegaan kepada buku lali.

Jumpa doktor anda

Jika anda pemakai tegar kasut bertumit tinggi, anda amat disarankan untuk berjumpa dengan doktor pakar berkaitan seperti Orthotik dan juga Prostetik bagi menjalani rawatan manipulasi kaki. Ia bertujuan untuk membetulkan tulang yang sering bergesel dan juga untuk mengurangkan kadar geseran tulang tersebut.

Tidak salah ingin bergaya mengikuti perkembangan fesyen dengan bertumit tinggi, namun janganlah memakainya dalam tempoh yang lama dalam satu-satu masa. Penjagaan kaki dari awal amat penting supaya ia tidak memudaratkan anda ketika tua kelak.  Amalkan langkah penjagaan dengan senaman kaki seperti di atas agar kaki anda kekal sihat.