Saturday, 2 April 2016

KHASIAT KURMA UNTUK KULIT YANG ANDA TIDAK TAHU

Tags



Tidak ramai yang tahu, kurma bukan sahaja boleh dimakan malah diproses menjadi ramuan rahsia kecantikan. Vitamin B6 dan protein di dalam kurma dapat mencegah infeksi kulit, hasilnya kulit sihat dan berseri. Masker kurma amat sesuai untuk wanita yang mengalami masalah kulit sensitif atau alahan.

Bahan-bahan:

Isi kurma
Yogurt original} disejukkan di dalam peti ais

Cara Membuat:

1. Kisar isi kurma dan yogurt asli atau perisa original.
2. Sapu pada wajah dan leher, biarkan sehingga kering.
3. Bilas dengan air putih, amalan ini akan membuatkan kulit wajah halus, kemerahan dan lembap.

Skrub Istimewa Tanggalkan Sel Kulit Mati

Bagi yang menghadapi kulit badan yang kasar dan kering, anda boleh mencuba skrub kurma. Skrub ini dikatakan dapat membantu membuang sel kulit mati, mencerah, melembap dan menghaluskan kulit wanita. Khasiat utama skrub ini adalah menegangkan kulit yang sudah kendur atau mengalami penuaan.

Bahan-bahan:

Kurma
Buah Cranberries
Air perahan Aprikot
Oat

Cara membuat:

1. Kisar kesemua bahan ini sehingga hancur dan sebati.
2. Gosok badan ketika mandi terutama di bahagian leher, bawah pelipat dan celah paha, lakukan seminggu dua kali untuk mendapat hasil yang memuaskan.
3. Lebihan skrub disimpan di dalam peti ais supaya tidak rosak.