Thursday 28 April 2016

Resepi Ketam Goreng Rangup Awesome

Tags


BAHAN-BAHANNYA IALAH:

(*)5-6 ekor ketam kulit lembut | dibersihkan (boleh dibelah 2 jika mahu)
(*)5 sudu besar tepung jagung
(*)2 sudu besar tepung gandum
(*)2 sudu besar serbuk kari
(*)1 sudu besar serbuk cili (sebagai pilihan)
(*)1 sudu kecil serbuk kunyit
(*)2 ulas bawang putih | ditumbuk halus
(*)1 sudu kecil jintan manis | ditumbuk halus
(*)1 biji telur | dipukul
(*)Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAKNYA IALAH:

(*)1. Campurkan bawang putih dan jintan manis yang ditumbuk halus ke dalam telur dan dipukul bersama.

(*)2. Kemudian campurkan semua bahan kering dan pastikan semuanya sebati.

(*)3. Celupkan ketam ke dalam telur dan salut tepung ke seluruh ketam.

(*)4. Goreng dalam minyak panas sehingga kuning keemasan.

(*)5. Boleh dinikmati dengan nasi atau dicicah dengan sos.