Thursday 5 May 2016

Resepi Ayam Cili Masak Ketumbar

Tags


Bahan-bahannya ialah:

(**)Setengah kilo ayam
(**)serbuk kunyit dan garam
(**)7 biji bawang merah^
(**)5 ulas bawang putih^
(**)sedikit halia^
(**)3 sudu besar setengah ketumbar*
(**)1 sudu besar jintan manis*
(**)6 sudu besar cili kisar
(**)2 asam keping
(**)Kisar kesemua bahan yang bertanda (^)
(**)Kisar kesemua bahan yang bertanda (*)

Cara-cara membuatnya ialah:

(**)1.Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit &dan juga garam.
(**)2.Goreng ayam tadi sehingga garing
(**)3.Tumiskan semua bahan-bahan yang bertanda (^) sehingga naik bau.
(**)4.Masukkan cili kisar kemudian masak sehingga pecah minyak.
(**)5.Masukkan bahan-bahan yang bertanda (*) kemudian tuangkan sedikit air jika terlalu pekat (guna api sederhana je)
(**)6.Masukkan asam keping, gula dan juga garam.
(**)7.Kemudian masukkan ayam goreng dan kacau sehingga sebati.
(**)8.Siap untuk dihidang.

(**)P/s:Ayam Cili Masak Ketumbar ini lebih sedap jika dimakan ketika panas dan pedas.Selain itu,jika mahu lebih sedap dinasihatkan supaya dihidang bersama jus tembikai ataupun ice lemon tea.