Tuesday 17 May 2016

Resepi Daging Masak Lada Hitam

Tags

daging-masak-lada-hitam

Resepi Daging Masak Lada Hitam

Bahan-Bahan:

1/2 kilo daging batang pinang (dipotong nipis dan direbus hingga empuk)
3 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu kecil serbuk ketumbar
3 ulas bawang putih
2 inci halia
2 biji bawang besar (dipotong bentuk cincin)
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
Sayuran – Lobak Merah, Bunga Kobis, Cili hijau (Jika mahu)
Sedikit tepung jagung dibancuh dengan sedikit air

Cara Memasak:

1. Mula-mula cincang halus bawang putih dan halia ( kalau nak tumbuk lumat pun boleh) , panaskan minyak. Tumis bahan tadi hingga naik bau.

2. Kemudian masukkan serbuk lada hitam dan serbuk ketumbar, sos tiram, kicap serta daging yang telah direbus tadi.

3. Masukkan sedikit sayuran juka anda mahu. Kacau sebati, sesuaikan rasa dengan masukkan garam. jika terlalu kering masukkan sedikit air.

4. Setelah semua sudah sebati masukkan bancuhan tepung jagung dan bawang besar.

5. Bila bawang besar sudah layu, tutup api dan boleh dihidangkan bersama nasi panas. Hiaskan ikut kreativiti masing-masing.