Bahan-Bahannya ialah:
(**)250 gram makaroni
(**)200 gram daging ayam
(**)1/2 ulas bawang besar (dicincang)
(**)2 ulas bawang putih (dicincang)
(**)4 sudu besar cili kisar
(**)3 sudu besar sos tomato
(**)2 sudu besar sos tiram
(**)Sedikit belacan
(**)1/2 biji capsicum
(**)2 biji cendawan butang
(**)1 batang cili merah
(**)1 batang cili hijau
(**)Garam dan gula
(**)Minyak masak
Cara membuatnya ialah:
(**)1.Rebus makaroni sehingga lembut dan toskan airnya dan gaul dengan sedikit minyak zaitun atau minyak masak.
(**)2.Panaskan minyak masak dalam kuali dan tumiskan bawang besar serta bawang putih sehingga naik bau.
(**)3.Masukkan cili kisar , kacau hingga sekata dan masukkan sos tomato , sos tiram , belacan , capsicum dan sedikit air , biarkan seketika.
(**)4.Masukkan daging ayam dan kacau sehingga hampir masak.
(**)5.Masukkan cendawan , cili merah , cili hijau , makaroni dan kacau hingga sebati.
(**)6.Masukkan garam dan gula secukup rasa , siap untuk dihidangkan.
(**)P/s:Makaroni Goreng Pedas boleh dihidangkan bersama daun sup , daun bawang dan limau kasturi untuk rasa yang lebih menarik.