Sunday 31 July 2016

Adab ketika mendengar Azan berkumandang.

Tags


<<>>ADAB-ADAB KETIKA MENDENGAR AZAN BERKUMANDANG.<<>>


1.<<>> Masa azan dilaungkan, jawablah seperti yang diajarkan oleh Islam.

Apabila kita dengar muazzin melaungkan ; 

  • Allahu Akbar :  jawab “Allahu Akbar”
  • Asyhadualla ilaaha illallah :  jawab “Asyhadualla ilaaha illallah”
  • Asyhaduanna muhammadar rasulullah :  jawab “Asyhaduanna muhammadar rasulullah”
  • Hayya’alassolah :  jawab “Laahaula wala quwwata illa billahil’aliyyil’aziim”
  • Hayya’alalfalah :  jawab “Laahaula wala quwwata illa billahil’aliyyil’aziim”
  • Laailaha illallah :  jawap “Laailaha illallah”


AZAN SUBUH
  • ASH-SHALAATU KHAIRUM MINANNAUM : JAWAP "SHADAQTA WA BARARTA WA ANAA 'ALAA DZAALIKA MINASY-SYAAHIDIN"




<<>>2. Apabila dah dengar azan, bersegeralah ke masjid yang berdekatan untuk solat berjemaah. Dan bagi golongan wanita, bersegeralah menunaikan solat. Jangan sengaja dilengah-lengahkan solat hingga akhir waktu.



Menjawab azan adalah sunat hukumnya, manakala bercakap ketika azan pula bukanlah suatu perkara yang diharamkan. Ini berdasarkan perbuatan Nabi saw dan para sahabat baginda yang bercakap ketika azan. 

Al-Imam al-Nawawi di dalam Syarh Soheh Muslim menyebut lebih kurang : <<>>"Dan ketahuilah bahawasanya disunatkan menjawab seruan muazzin sepertimana laungannya bagi setiap orang yang mendengarnya samaada yang berada dalam keadaan suci atau berhadath atau berjunub atau seorang perempuan yang Haid dan selain mereka dari kalangan orang yang tidak dilarang untuk menjawabnya. Adapun antara sebab larangan dari menjawab azan ialah jika berada di dalam tandas atau ketika sedang berjimak dengan pasangannya atau seumpama dengannya..." <<>>

As-Son'ani pula di dalam Subulus salam menyebut lebih kurang : <<>>"Dan telah berbeza pendapat {di kalangan para ulama} tantang kewajipan menjawab azan. Jumhur ulama' berpendapat tidak diwajibkan. Mereka berdalilkan dengan satu perbuatan Nabi saw ketikamana baginda mendengar tukang azan melaungkan takbir, baginda bersabda : "{kamu berada} atas Fitrah." ketika baginda mendengar syahadah, baginda bersabda : "Kamu selamat daripada neraka." {Hadith ini dikeluarkan oleh Imam Muslim}.



Jumhur Ulama berkata : "Jika menjawab azan itu wajib, sudah pasti Nabi saw akan menyahut azan tersebut sepertimana yang dilaungkan oleh muazzin. Maka apabila {terdapat perbuatan Nabi yang tidak menyahud azan seperti laungan muazzin} menjadi tanda bahawasanya arahan {menjawab azan seperti hadith dari Abi Sa'id} menunjukkan kepada sunat atau istihab." 



Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: {Dhoief [lemah] ataupun Palsu}



‘Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.’ 



Berdasarkan dua pendapat ulama ini maka mustahil orang yang tidak mendiamkan diri ketika azan akan dikelukan lidahnya ketika hampir mati, kerana hukum menjawab azan itu adalah sunat sahaja sepertimana yang dinyatakan oleh kebanyakan ulama. 



Berkenaan dengan hadith tersebut, salah satu daripada ciri-ciri sesuatu hadith itu palsu ataupun dhoief ialah apabila ia memberikan ancaman yang besar atas kesalahan yang kecil. Demikianlah hadith yang ditanyakan di atas. Ia memberi ancaman yang berat jika meninggalkan perkara yang sunat iaitu menjawab azan. Ini menunjukkan hadith tersebut bukanlah hadith yang sahih. Ia sekitar hadith yang Dhoief (lemah) ataupun Palsu. Wallahu a'lam