Wednesday 7 September 2016

13 TIPS PERNIKAHAN YANG PERLU ANDA TAHU. ~ Klik Disini

Tags

TIPS PERNIKAHAN


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Haiii guys.. hari ini saya ingin berkongsi sedikit tips pernikahan untuk yang bujang tarang tantang tu.. hehe..

Antara tipsnya :

1- KETIKA MENCARI CALON,

  • Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.


2- KETIKA MELAMAR,

  • Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.


3- KETIKA AKAD NIKAH,

  • Anda berdua bukan menikah di hadapan imam, tetapi menikah di hadapan Allah.


4- KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN,

  • Catat dan hitung semua tetamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan doa mereka.


5- KETIKA MALAM PERTAMA,

  • Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.


6- SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA,

  • Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tetapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.


7- KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG,

  • Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya semakin erat berpegang tangan.


8- KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK,

  • Cintailah isteri atau suami anda seadanya dia.


9- KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK,

  • Cintailah isteri atau suami anda dan cintai anak-anak anda masing-masing.


10- KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM,

  • Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar  dengan  ketaatan suami dan isteri.


11- KETIKA EKONOMI BERKEMBANG,

  • Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.


12- KETIKA ANDA ADALAH SUAMI,

  • Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.


13- KETIKA ANDA ADALAH ISTERI,

  • Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu  menyelesaikan semua pekerjaan.
Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, mungkin anda mempunyai beberapa lagi cara yang lebih praktikal untuk dikongsikan. Kongsikan lah bersama pembaca lain pada ruangan komen dibawah =)