Monday 5 September 2016

5 KESAN BURUK TENGKING ANAK YANG ANDA PERLU TAHU

Tags

5 KESAN BURUK TENGKING ANAK

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

5 KESAN BURUK TENGKING ANAK


***1- Kesan Buruk Pada Otak***
~Ada kajian yang dijalankan telah membuktikan hanya dengan satu tengkingan saja mampu rosakkan berjuta sel-sel otak anak.
Sebenarnya, bagi anak yang masih dalam proses membesar iaitu dalam usia 2 – 3 tahun pertama (golden age), suara keras atau menengking yang keluar dari mulut ibu bapanya dapat merosakkan sel-sel otak yang sedang dalam proses tumbuh.
Kita kalau kena tengking dengan bos pun dah berair mata kan…. BETUL TAK?

***2- Keyakinan Diri Hilang***
~Bagi Kesan jangka masa panjang pula, anak akan jadi seorang yang kurang rasa percaya pada diri. Bahasa mudahnya jadi penakut!
Sintom ini termasuklah budak-budak yang suka menyendiri dan tak terbuka dalam pergaulan walaupun dengan kanak-kanak lain yang sebaya umur.
Efek jangka panjang pula, mereka akan ada perasaan tidak selesa & terlalu rendah diri bersama orang lain atau masyarakat.

 ***3- Fikiran LEMBAB & Negatif***
~Perkara ini sebenarnya anda boleh lihat kesannya mengikut turutan. Antara kesan yang tidak bagus ialah pada minda dan fikiran anak itu sendiri.
Bayangkan, selepas tinggalkan kesan yang menyebabkan kurangnya keyakinan diri, sekarang golongan anak ini juga mudah meluapkan emosi negatif.

~Emosi negatif:~

  1. Marah
  2. Panik
  3. Stress
  4. Sedih
  5. Murung

~Emosi-emosi aneh ini muncul bila anak tersebut tidak faham tentang masalah yang mereka hadapi.
Didiklah mereka dengan cara yang sesuai mengikut zaman mereka sekarang. tanpa tinggalkan kesan buruk pada anak.

AMARAN MESRA: 
Jangan biarkan sel otak anak rosak asbab tindakan luar kawal anda!

***4- Masalah Kesihatan Pendengaran Dan Jantung***
~Semua orang tak suka kena marah. Baik budak kecil sampailah orang dewasa.
Suara marah dan tengkingan yang terlalu kerap boleh akibatkan anak alami gangguan pendengaran.
Kesannya, seseorang anak itu susah nak jadi seorang pendengar yang baik.
Sukar nak dengar bila cikgu cakap atau mengajar.
Atau mungkin lepas ni bila anda panggil, 10 kali baru dia datang!
Sudah jelas hal ini terjadi kerana hidup anak tidak berkembang di dalam persekitaran yang positif tetapi berada di zone merah yang sangat gelap dan negatif!
Jika proses tumbesaran anak terpaksa dilalui dengan kaedah marah & tengking setiap hari… kemungkinan masalah lebih serius boleh berlaku.

Contoh:
Masalah pada jantung.
Jantung anak mudah jadi lemah kerana setiap kali suara-suara ‘Monster’ dari anda itu keluar, ia akan buatkan jantung mereka berdegup lebih deras!

***5- KAU AKAN HASILKAN ‘CLONE’ DIRI KAU SENDIRI!***
~Fuhh kasar bahasa.~

Sabar-sabar…HUHUHU..
Begini
Bila dah kerap sangat hari-hari ashik kena jerit, kena maki, tu belum kes kena pukul lagi.  Anak itu sendiri akan tiru perbuatan anda kelak.
Bukan itu saja, komunikasi dengan ibu bapa juga akan mengalami kesan yang buruk.
Anak berpotensi besar suka menjerit-jerit dan berkelakuan kasar dalam pergaulannya.
Tidak mendengar panggilan anda, atau sengaja melawan cakap.
Antara kesan lain, mereka jadi mudah marah dan susah nak kawal emosi.
Kepada parent diluar sana, tolong bantu diri anda supaya ubah tabiat dalam mendidik anak.
Zaman sekarang memang zaman teknologi, digital dan semua canggih manggih.
Semua perkara kita nak on the spot. Mahu cepat dan macam-macam lagi.
Kadang-kadang teknologi macam ini dah ambil alih peranan kita dalam mendidik anak.
Ada banyak situasi dimana kesan macam ini merosakkan hubungan antara anak dan ibu & bapa.
Bayangkan…
Anda dah penat-penat melahirkan anak.
Lepastu
Fikir siang malam pula nak berikan nama yang indah-indah pada anak yang bakal lahir.
Tapi..
Bila sudah depan mata, mungkin kita sendiri tak sedar cara didikan kita sebenarnya telah merosakkan jiwa dan fikiran anak tersebut. Nauzubillah semoga kita semua dijauhkan.

Ayuh semua!
Tukar kata-kata makian dan bentakan sekarang.
Ingatlah bahwa kata-kata itu suatu doa tau.
Apakata kita doakan yang baik-baik untuk anak. Mudah-mudahan anak lebih mudah dengar cakap dan berjaya membentuk peribadi yang mulia.
Jadi, kalau anda nak anak jadi budak yang pintar, genius macam Einstein, anda juga boleh baca panduan didik anak jadi cemerlang.
Last but not least…
Sekali sekala, peluklah anak kerana suatu hari nanti mereka akan berjauhan dengan kita.

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, mungkin anda mempunyai beberapa lagi cara yang lebih praktikal untuk dikongsikan. Kongsikan lah bersama pembaca lain pada ruangan komen dibawah =)
Wallahualam