Saturday 24 September 2016

6 Syarat Taubat Jika Melakukan Zina ~ Klik Disini

Tags

6 Syarat Taubat Jika Melakukan Zina

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang di rahmati Allah,

Berzina merupakan dosa besar. Mereka yang melakukannya hendaklah segera bertaubat. Taubat yang wajib adalah dengan taubat nasuhat iaitu taubat bersungguh-sungguh.

Berikut adalah 6 syarat taubat yang diterima Allah SWT :
  • 1.Ikhlas melakukan bertaubat
  • 2.Tidak akan mengulangi lagi dosa tersebut
  • 3.Menyesal diatas perkara yang telah dilakukan
  • 4.Nekad dalam hati tidak akan melakukan dosa tersebut selama-lamanya
  • 5.Dikerjakan sebelum ajal tiba
  • 6.Mencari suasana dan rakan yang baik agar dosa tersebut tidak dilakukan lagi

Firman Allah SWT :
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan Taubat Nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (At-Tahrim:66:8)
Semoga Allah SWT menerima taubat hambaNYA.

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, dipersilakan share.