Friday, 30 September 2016

8 Langkah berkesan cergaskan minda ~ Klik Disini

Tags

Langkah berkesan cergaskan minda


Bagi golongan pelajar mempunyai minda yang cergas adalah satu keperluan utama bagi menjana kekuatan emosi dan fizikal dalam menghadapi proses pembelajaran. Malangnya, bukan semua mampu memperoleh kelebihan itu disebabkan faktor seperti tekanan, kelesuan, kepenatan dan sebagainya menjadikan proses pembelajaran diikuti sukar.

Bagaimanapun, tidak perlu gusar kerana masih ada jalan penyelesaian untuk mengatasinya melalui panduan di bawah seperti mana disarankan melalui blog cute-chipmunks.blogspot.com.

1- Dapatkan tidur yang cukup dan sempurna.

  • Sebahagian satu pertiga hidup kita dihabiskan dengan tidur, namun ada juga pelajar yang suka tidur lewat hingga kurang mendapat waktu tidur yang cukup. Badan memerlukan rehat dan keletihan hanya akan mengganggu maklumat atau data yang disimpan oleh otak selain menjejaskan kemampuan mempelajari sesuatu yang baru. Oleh itu, amalkan tidur mencukupi di malam hari kerana dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

2- Mengawal tekanan

  • Tekanan hanya akan membuat jiwa pelajar tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan terganggu. Ia juga menjadikan pelajar cenderung tidak peka dengan keadaan persekitaran selain tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan terjejas. Oleh itu, kawal tekanan dengan baik seperti bermeditasi, membaca al-Quran atau bersenam.

3- Berhati-hati dengan pengambilan vitamin atau makanan tambahan

  • Sesetengah produk yang dijual di kaunter atau farmasi sebenarnya tidak sesuai untuk meningkatkan daya ingatan. Lebih buruk jika ia boleh meninggalkan kesan sampingan. Oleh itu lebih baik jika mendapatkan vitamin yang diperlukan tubuh menerusi pemakanan seimbang atau rujuk dulu doktor bertauliah .

4- Bersenam

  • Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan juga akan menjadi lebih baik.

5- Elakkan kemurungan

  • Kemurungan akan menyebabkan hidup tidak ceria kerana ia sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.

6- Awasi pengambilan ubat

  • Daya ingatan mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu justeru sentiasalah berkonsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.

7- Belajar sesuatu yang baru

  • Cubalah aktifkan pemikiran dengan mempelajari sesuatu yang baru seperti mempelajari bahasa bar atau menghadiri ceramah dan motivasi. Boleh juga bermain permainan yang merangsang atau mencabar minda monopoli.

8- Banyakkan membaca

  • Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajamkan daya ingatan. Cuba ingat sedikit sebanyak fakta yang terkandung dalam bahan bacaan. Katakan berulang kali untuk meningkatkan ingatan mengenai sesuatu maklumat atau tarikh hingga benar-akan benar ingat maklumat berkenaan. 

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, mungkin anda mempunyai beberapa lagi cara yang lebih praktikal untuk dikongsikan. Kongsikan lah bersama pembaca lain pada ruangan komen dibawah.