Apa nak buat ketika bayi demam??
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang di rahmati Allah,
Kali ini saya ingin berkongsi sedikit pekara yang perlu anda lakukan ketika bayi anda demam.
Langkah awal kalau bayi anda demam:
1.Buka baju, biar tinggal pampers atau pakaikan cloth diapers sahaja..
2.Basahkan tuala, dan lapkan seluruh badan bayi dengan tuala tersebut..
- Buat berulang2 kali dismping tu, bagi susu banyak2 dan kerapkan penyusuan.
- Bagi bayi yang dah mula makan, boleh bagi air masak banyak2, sebab makin kerap dia minum, makin banyak dia buang dan makin surut demam sebab panas dibuang melalui air kencing.
Petua orang2 lama cara nak redakan demam. Petua ni juga boleh diaplikasi bagi orang dewasa:
- Ramas asam jawa, dan jelum kepala dan badan dgn air asam jawa.
- Air ramasan daun bunga raya, amik daun bunga raya muda, sbb daun yg muda byk lendir, ramas sampai berlendir, dan sapukn dikepala..
- Banyakkan minum air bila demam..
Petua2 ini hanya rawatan kecemasan sahaja untuk meredakan demam.. sekiranya demam itu berlarutan, saya nasihatkan bawa bayi anda ke klinik atau hospital yang berdekatan..
Itulah petua ringkas yang dapat saya kongsikan... Tapi ambil langkah mencegah lebih baik dari mengubatikan... Moga bermanfaat...Dipersilakan share :-)