Bahan-Bahan Yang Membantu Untuk Membakar Lemak
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang di rahmati Allah,
1. Kafein
- Sebuah kajian yang dilaksanakan Journal of Medicine and Scince in Sports melaporkan mereka yang mengambil secara purata 330mg kafein 60 minit sebelum bersenam mengalamai kadar pengoksidaan lemak yang lebih tinggi berbanding biasa. Ini adalah berita baik, kerana dengan kadar pengoksidaan lemak yang tinggi bermakna pembakaran lemak lebih tinggi, justeru kurangnya penggunaan glycogen otot. Apabila tubuh kehabisan glycogen otot, maka timbullah keadaan tubuh yang lesu dan tidak bermaya.
2. Ekstrak Teh Hijau
- Barangkali rahsia ramai orang Jepun yang kurus ( secara sihat), ekstrak daun hijau juga mampu membantu pengoksidaan lemak. Selain itu, adalah wajar diamalkan meminum the hijau kerana ia mengandungi catechin. Catechin membantu meningkatkan kadar metabolisma, justeru kadar pembakaran juga meningkat, selepas makan.
4. Sesamin (daripada minyak bijan)
- Sesamin yang terkandung dalam minyak bijan lebih dikenali untuk sifat anti-oksidanya yang tinggi, namun baru-baru ini ia juga dikenalpasti sebagai bahan yang membantu proses pembakaran lemak. Dalam bentuk aktif, sesamin dijumpai untuk mengaktifkan reseptor-reseptor dalam sel-sel otot, jantung dan hati, dikenali sebagai peroxisome proliferator-activator receptor alpha (PPAR alpha).
5. Cili serta bahan-bahan pedas
- Capsaicin yang terkandung dalam cili (lebih spesifik, bahagian biji-biji berwarna kuning cerah itu) membantu meningkatkan kadar metabolisma, tetapi hanya untuk sementara. Oleh itu, amat disyorkan untuk memakannya pada awal sesi makan.
Rahsia Badan Langsing | Langsing Dalam 30 Hari
Tenusu Rendah Lemak
- Ramai mula mengelakkan makanan tenusu sewaktu berdiet kerana menganggap ia akan menyebabkan mereka lebih gemuk. Jika dalam bentuk kek, pastri, serta yang telah dimaniskan, mungkin itu pilihan lebih baik. Tetapi, secara keseluruhan, elok juga mengekalkaan ia dalam diet. Tenusu rendah lemak mengandungi banyak bakteria baik yang membantu perut dalam sistem pencernaan, menjadikan tubuh lebih sihat kerana dapat menyerap nutrisi sepenuhnya dan mengurangkan gejala tubuh lesu. Selain itu, kalsium dan vitamin D yang dikandungi tenusu rendah lemak membantu memecahkan serta membebaskan sel-sel lemak dengan lebih efisien
Dengan itu, kita memahami akan kegunaan lemak dalam tubuh. Ia bukannya harus dibenci, melainkan diri kita sendiri yang enggan mengambil tahu dan mengawal pengambilan pemakanan yang kurang sihat. Moga-moga dengan tersenarainya bahan-bahan diatas, lebih mudah untuk kita merancang pemakanan agar lebih sihat dan membentuk lemak-lemak yang diperlukan untuk tubuh.