Monday, 19 September 2016

Cara mengatasi perut kembung dan selsema pada bayi ~ Klik Disini

Tags

Cara mengatasi perut kembung dan selsema pada bayi

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang di rahmati Allah,

Kali ini saya ingin berkongsi sedikit tips untuk  mengatasi perut kembung dan selsema pada bayi. Selamat mencuba & Moga bermanfaat untuk semua.

1- Menjaga Pemakanan
  • Bagi ibu yang menyusu badan, kena berpantang dan jaga pemakanan... Walaupun dah habis pantang kena pantang juga dan tak boleh makan sebarangan... Badan kita mungkin boleh terima, tapi badan anak kita masih belum cukup matang nak terima semua jenis makanan...

2- Amalkan sapu minyak
  • Yang ni pasti ramai buat... Tapi sejauh mana dan berapa lama amalkan amalan menyapu minyak ni? Biasanya orang sapu minyak di perut je kan... Tapi cara terbaik untuk elak kembung dan selesema, ialah menyapu di atas ari-ari bayi, betis, tapak kaki dan ubun-ubun bayi...
  • Kenapa perlu sapu diubun-ubun bayi? Biasa aku perhatikan, bagi yang bawa bayi lepas pantang, tak ditutup kepala bayi dengan topi atau kain... Sebenarnya, tak sia-sia orang buat dan cipta topi bayi tapi ada kepentingannya... Ubun-ubun bayi masih lembut dan tak tertutup sepenuhnya... Bagi bayi yang lahir awal dari duedate, biasanya ubun-ubunnya lebih luas berbanding yang overdue... Ubun-ubun tu, mudah masuk angin... Info ni juga dari nurse... Salah satu punca bayi mudah kembung dan selesema sebab tak dijaga bahagian ubun-ubun ni lah..

3- Kurangkan terdedah dengan sejuk
  • Kurangkan bayi didedahkan dengan sejuk... Sama ada aircond, kipas atau cuaca sejuk... Jika terdedah lama, pastikan sapu seluruh tubuh dengan minyak... Badan bayi perlu hangat sentiasa... Jika terdedah dengan sejuk tu yang mudah kembung dan selesema... Bagi yang ada bayi, elakkan pergi tempat ramai orang..

Mencegah lebih baik dari mengubati... Cara mengubati kembong dan selesema...

1- Tuam perut bayi dengan tuala atau kain yang hangat.. Tetapi nak lagi berkesan, tuam dengan daun ubi keledek atau daun sirih yang dilayur atas api...

2- Sapu minyak dan urut pada betis dan tengah tapak kaki hingga bayi kentut atau membuang...

3- Bagi selesema pula, sapukan minyak diubun-ubun dan batang hidung...  Jika bayi susah bernafas, ambil secebis tisu, basahkan dan letak dibatang hidung bayi,tinggikan bantal atau biarkan bayi tidur mengiring...

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, mungkin anda mempunyai beberapa lagi cara yang lebih praktikal untuk dikongsikan. Kongsikan lah bersama pembaca lain pada ruangan komen dibawah. Dipersilakan share :-)