Tuesday, 20 September 2016

Cara menjadikan cempedak goreng ranggup ~ Klik Disini

Tags

cempedak goreng

Assalamualaikum guysss.. yang gemar cempedak goreng tu, hari ni saya nak share sedikit cara nak jadikan cempedak goreng jadi ranggup.. Hehehe..

#Kalau setakad menggoreng cempedak semua orang tahu kan?? Tapi kali ini saya nak berkongsi cara untuk menjadikan cempedak goreng kita ranggup dan sedap di makan. Mudah sangat, tak ada unsur-unsur plastik ye, macam yang pernah diviralkan segelintir masyarakat yang kurang bijak dalam ilmu sains tu.



#Dah nama lagi goreng cempedak kan, mestilah kena ada ulas cempedaknya.Kalau nak goreng pisang, sukun, keladi atau keledek pun kaedahnya sama sahaja.Tak perlu dah membeli tepung goreng ranggup, kita dah boleh terus menggorengnya di rumah dengan bahan campuran tepung yang dibancuh.



#Jadi, rahsianya hanya pada bancuhan tepung yang digunakan untuk menggoreng. mak saya belajar petua ini dari arwah ibu saudara saya. Ramuan tepung bancuhannya ialah tepung gandum, sedikit tepung beras (dengan nisbah 3:1) lebih kurang, secubit garam dan sebelum membancuhnya dengan air, masukkan sedikit minyak masak ke dalam campuran tepung. Kemudian barulah masukkan air sedikit demi sedikit untuk mendapatkan tekstur bahan yang kita kehendaki.Tidak terlalu cair dan tidak juga terlalu pekat.



#Sadurkan pada isi cempedak dan goreng dalam minyak yang panas. In Shaa Allah akan mendapat hasil gorengan yang ranggup tepungnya. Nak lagi krup-krup, kena makan panas-panas kay. Jangan sampai melecur sudah. Selamat mencuba guysss.. ^_^