Cegah Zika Dengan Petua Lama
Assalamualaikum guysss.. Sekarang kecoh pasal virus zika di negara kita. ok.. kali ini saya nak kongsi sedikit petua lama untuk menghalau nyamuk.
BAHAN dapur boleh menjadi sumber alternatif yang mungkin boleh diamalkan untuk menghalau nyamuk ketika negara kini berdepan penularan penyakit bawaan nyamuk seperti denggi dan Zika.
Berdasarkan carian dalam internet, terdapat pelbagai bahan semula jadi digunakan untuk menghalau nyamuk terutamanya di kawasan kediaman, termasuk petua lama menggunakan serai wangi, menanam pokok jeremin (halau nyamuk) mahupun petua mudah dengan mencucuk bunga cengkih pada limau nipis.
Guna limau nipis dan cengkih
Berkongsi tips menghalau nyamuk, Noraini Jamsit, 53, berkata sudah lebih 50 tahun keluarganya mengamalkan petua menggunakan limau nipis dan bunga cengkih untuk menghalau nyamuk.
Katanya amalan turun temurun itu jelas berkesan kerana kediamannya bebas daripada nyamuk dan lalat sejak ia diamalkal.
Sekian sahaja petua lama yang dapat saya kongsikan, mungkin anda mempunyai beberapa lagi cara yang lebih praktikal untuk dikongsikan. Kongsikan lah bersama pembaca lain pada ruangan komen dibawah =)