Daun kesum
Asslamualaikum guyss.. kali ni saya nak kongsi sedikit tentang khasiat daun kesum.. Sepertimana yang ramai sedia maklum, daun kesum(bukan daun ketum!) ini antara perencah popular dalam masakan. Hahaha.. Ada sesetengah orang boleh dikatakan dalam seminggu sampai 3-4 kali mesti akan pakai daun kesum untuk ditaruh dalam masakan, dan antara yang popularnya ialah masak gulai asam pedas. Hmm.. sebut jer asam pedas mulalah air liur nie meleleh… hahaha..
Yang sebenar-benarnya daun kesum nie bukanlah satu kemestian, yakni bukan perencah wajib! Atau dalam erti kata lain, tak letak daun kesum pun still jadi masakan tu dan still boleh makan. Cumanya daun kesum ni mempunyai aroma yang unik. Bila diletak dalam masakan, baunya yang harum membuatkan masakan tu bertambah sedap dan membangkitkan selera. Selain berguna sebagai perencah lazim dalam asam pedas, laksa lemak, laksa asam, ulam kerabu dsb.nya daun kesum juga mempunyai khasiat dalam perubatan tradisional. Di sini saya akan kongsikan khasiatnya…
Mengatasi Masalah Kelemumur
- Jika ada masalah kelemumur bolehlah cuba amalan berikut. Blend atau kisar (hingga lumat) satu cekak daun kesum dan sapukan ke seluruh kulit kepala yang berkelemumur.manfaat daun kesuma jiwaku. In shaa Allah, cara ini boleh membantu mengatasi kelemumur bilamana jika diamalkan selalu, kelemumur yang bermaharajalela di kulit kepala tu akhirnya akan tanggal dan gugur dengan sendirinya.
Mengubati Sakit Perut
- Daun kesum yang dilekapkan di perut ataupun air rebusannya yang diminum dikatakan membantu menghilangkan sakit perut akibat makanan yang tak hadam. Amalan minum air rebusan daun kesum ini (dalam 2 minggu atau sebulan sekali) juga dikatakan turut membantu sistem pencernaan. Dulu-dulu, orang tua-tua akan sarankan orang perempuan yang baru lepas bersalin, yang ada masalah pencernaan, supaya minum air rebusan kesum.
Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, dipersilakan share.