Monday, 26 September 2016

Wanita yang tidak berhijab! Baca ni!! ~ Klik Disni

Tags

Dosa Tidak Menutup Aurat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang di rahmati Allah,

Tidak boleh dinafikan bahawa sebahagian besar kaum wanita menyangka jika tidak memakai tudung "hanyalah" dosa kecil yang tertutup dengan pahala yang banyak dari solat, puasa, zakat dan haji yang mereka lakukan. Ini adalah cara berfikir yang salah perlu diperbetulkan.

Kaum wanita yang tak memakai jilbab/tudung, tidak saja telah berdosa besar kepada Allah, tetapi telah hapus seluruh pahala amal ibadahnya sebagai bunyi surat Al-Maidah ayat 5 baris terakhir yang artinya: "Barang siapa yang mengingkari hukum-hukum syariat Islam sesudah beriman, maka hapuslah pahala amalnya bahkan di akhirat dia termasuk orang-orang yang rugi."

Sebagaimana kita ketahui, memakai jilbab/tudung bagi kaum wanita adalah undang-undang syariat Islam yang digariskan Allah dalam surat An-Nur ayat 59. Jadi kaum wanita yang tak memakainya, mereka telah mengingkari hukum syariat Islam dan bagi mereka berlaku ketentuan Allah yang tidak boleh ditawar lagi, iaitu hapus pahala solat, puasa, zakat dan haji mereka.

Sikap Allah di atas ini sama dengan sikap manusia dalam kehidupan sehari-hari sebagai terlambang dari peribahasa seperti: "Perhatian susu sebelanga, kerana nila setitik". Contohnya, segelas susu adalah enak diminum. Tetapi jika dalam susu itu ada setitik najis manusia, kita tidak membuang kotoran tersebut lalu meminum susu tersebut, tetapi kita membuang seluruh susu tersebut.

Begitulah sikap manusia jika ada barang yang kotor mencampuri barang yang bersih. Kalau manusia tidak mahu meminum susu yang bercampur sedikit najis, begitu juga Allah tidak mau menerima amal ibadah manusia kalau satu saja perintah-Nya diingkari.

Di dalam surat Al A'raaf ayat 147, Allah menegaskan lagi sikapnya terhadap wanita yang tak mahu memakai jilbab/tudung, yang berbunyi,
"Orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, ia juga mendustakan akhirat, hapuslah semua pahala amal kebaikan. Bukankah mereka tidak akan diberi balasan selain dari apa yang telah mereka kerjakan? "
Kaum wanita yang tak memakai jilbab/tudung didalam hidupnya, mereka telah sesuai dengan bunyi ayat Allah diatas ini, hapuslah pahala shalat, puasa, zakat, haji.

Saya amat berharap kepada pembaca untuk share artikel ini supaya kita sama-sama dapat membantu menyedarkan wanita tak berhijab di luar sana dan saya berharap anda dapat memberi nasihat melalui ruang komen dibawah.

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, dipersilakan share. Terima kasih..