Thursday 8 September 2016

Hukum Bagi Salam pada Perempuan ~ Klik Disini

Tags

Hukum Bagi Salam pada Perempuan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

@ Memberi salam kepada perempuan @

Hai guys, kali ini saya ingin berkongsi jawapan dari  ust. salman maskuri.

Umum mengetahui hukum memulakan salam adalah sunat. Dalil-dalilnya juga telah banyak kita temui. Menjawab salam pula hukumnya wajib. Tetapi disana terdapat beberapa tempat yang tidak disunatkan kita memberi salam dan tidak wajib menjawab.

Telah dinukilkan dalam kitab “ghizaul albab” karangan As-safarini jilid 1 m/s 242. Dimakruhkan memberi salam kepada beberapa kumpulan diantaranya:
  1. Orang yang berwudhuk ( ketika sedang mengambil wudhuk )
  2. Orang yang sedang berada didalam tandas
  3. Orang yang sedang makan dan minum
  4. Orang yang sedang berperang
  5. Orang yang sedang membaca al-quran @ berdoa
  6. Orang yang sedang berzikir dan bertalbiah ( ketika haji dan umrah )
  7. Orang yang sedang mengajar,berkhutbah dan memberi nasihat
  8. Orang yang mendengar khutbah dan nasihat.
  9. Orang yang sedang azan dan iqamat.
  10. Orang yang sedang qada’ hajat.
  11. Orang yang sedang bersama isteri (jima’)
  12. Orang yang sedang iqamat
  13. Orang yang sedang mabuk.
  14. Orang yang sedang sibuk dengan urusan qadhi
  15. Orang yang sedang solat
  16. Orang gila
  17. Kanak-kanak
  18. Orang yang mengantuk @ sedang tidur
  19. Orang yang sedang dalam urusan penghakiman
  20. Salam pemuda kepada pemudi @ sebaliknya yang ditakuti membawa fitnah
  21. Sesiapa yang memberi salam ditempat yang tidak sepatutnya maka tidak wajib jawab…
  22. Haram menjawab salam dalam solat dan batal solatnya.


Haram bagi seorang lelaki memberi salam kepada perempuan ( yang bukan mahram ) yang cantik yang boleh menimbulkan fitnah…

Jika diberi salam haram bagi perempuan tersebut menjawab salam begitu juga haram perempuan memberi salam kpada lelaki…jika lelaki menjawab maka hukumnya makruh.

Sekiranya perempuan tua yang tidak mendatangkan fitnah, harus dia memberi salam kepada lelaki dan wajib lelaki menjawab salamnya.

Boleh bagi lelaki memberi salam kepada sekumpulan perempuan begitu juga boleh bagi sekumpulan lelaki memberi salam kepada seorang perempuan.

Ini semua sekiranya tidak menimbulkan fitnah samada kepada lelaki dan perempuan.

SEKIAN SAHAJA SAYA DAPAT KONGSIKAN

SEKIRANYA ADA KESALAHAN MOHON PERBETULKAN SAYA DI RUANG KOMEN.
INN SHAA ALLAH SAYA AKAN PERBAIKI SEKIRANYA ADA KESALAHAN.
JOM SHARE, SEMOGA ARTIKEL INI MEMBERI MANFAAT UNTUK SEMUA.