Jenis-Jenis Ikan Yang Boleh Anda Makan Ketika Pantang
Jadi, dalam berpantang mak saya adalah rujukan utama. Terutamanya bab makan... Memang selalu tanya apa boleh makan dan tak boleh walaupun berpantang sendiri.
Jadi,saya nak kongsikan jenis2 Ikan Yang Boleh Dimakan Ketika dalam pantang.
1. Ikan haruan
- Ikan haruan ni bagus untuk kesihatan dalam... Jenis masakan yang disyorkan ialah bakar atau buat sup...
2. Ikan selar
- Ikan selar ada dua jenis.. yang boleh dimakan ialah selar yang tiada garisan kuning pada ekor ikan ni... Ikan selar kuning tak boleh mak saya kata bisa nanti.
3. Ikan yu
- Ikan yu biasanya orang beli yang siap diproses dan dikeringkan. Goreng dan makan dengan nasi panas.
4. Ikan merah
- Ikan merah ni hampir sama dengan ikan kerisi... biasanya yang dimakan ialah ikan merah.. harganya pun mahal sikit dari ikan lain sebab saiznya yang besar berbanding ikan kerisi.
5. Ikan tenggiri
- Ikan tenggiri ni bagus juga makan... Sebab isi banyak... Jenis masakan yang sesuai ialah bakar atau goreng... Kurang sesuai pula kalau nak buat sup.
6. Ikan gelama
- Ikan gelama kering sedap dimakan bersama nasi panas. Sedap tau guyss..
7. Ikan bawal putih
- Bawal putih boleh dimakan ketika pantang. Bawal hitam tak digalakkan sebab bisa dan gatal... tak pasal tak tahan pulak nak menggaru je nanti terutama tempat luka. Hehehe..
8. Ikan bilis
- Ikan bilis memang boleh dimakan.. bagi yang tak alah atau gatal boleh la makan.tapi saya tak berani nak makan awal-awal pantang... Dah sembuh betul lukanya baru berani makan. Beringat sebelum sakit. Betul tak?? Hehehe..
Inilah antara jenis Ikan Yang Boleh Dimakan Ketika Berpantang . Seminggu berpantang makan ikan kering je... Dan masakan seminggu awal berpantang selepas bersalin hanya ikan bakar je... Tujuannya untuk cepat sembuhkan luka dan kenapa mesti bakar bukan goreng... Ini pantang orang lama... Kenapa tak goreng..sebab goreng tu berminyak... Makanan berminyak buatkan Rahim lambat kecut dan susah nak naik dan terletak pada kedudukan asal.
Ini cara berpantang tradisional... Terpulang kepada yang nak berpantang cara moden... Makan itu ini... Tapi, bila lihat mak sendiri yang amalkan berpantang secara ketat dan straight macam tu... Dan bila lihat kesannya masa dia dah berusia... Jadi, kenapa tidak saya nak menafikan kan nya.. Apa pun. Mak tetap pesan supaya makan jamu lepas sebulan bersalin... Untuk tambah tenaga dan jaga kesihatan dalaman.
Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, Semoga bermanfaat buat wanita dan suami yang nak jaga isteri dalam pantang.Dipersilakan share..hehehe