khasiat buah laici
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.. Hai guysss.. laici. semua pernah makankan? Rasanya unik dan mirip seperti rambutan. Tapi ramai yang tidak tahu khasiatnya, kali ini, saya nak kongsi sedikit khasiat buah laici.. Buah laici kadang-kala jarang dijumpai, kita selalu jumpa dalam tin{cocktail) ataupun sajian bersama jus. Buah ini berasal dari Asia Selatan, dan popular sebagai perasa untuk gula-gula, ais krim, sirap, dan lain sebagainya.
@Buah laici banyak manfaatnya.@
~ Mengandungi Oligonol ~
- @Oligonol adalah sejenis polyphenol yang terkandung dalam buah laici. Ia berperanan sebagai antioksidan serta anti influenza. Dipercaya, memakan buah laici dapat melindungi kulit dari paparan sinar UV, mengurangkan lemak serta meningkatkan stamina.
~ Mencegah anemia ~
- @Buah laici kaya akan kandungan zat besi yang dapat membantu menyeimbangkan jumlah hemoglobin di dalam darah dan mencegah anemia.
~ Mencegah kanser ~
- @Kandungan antioksidan dalam buah laici boleh membantu mencegah kerosakan tubuh yang disebabkan oleh radikal bebas. Hal ini sekaligus mencegah pertumbuhan sel kanser, terutama kanser payudara dan kanser prostat.
~ Melindungi jantung ~
- @Laici juga mampu membantu mengurangkan kandungan LDL atau kolesterol jahat dalam tubuh. Dengan cara meningkatkan kandungan HDL atau kolesterol baik, serta melancarkan peredaran darah ke jantung.
~ Meningkatkan immune tubuh ~
- @Kandungan vitamin C-nya membantu meningkatkan immune tubuh dan mencegah selsema, demam serta jangkitan lain.
~ Melancar pencernaan ~
- @Kandungan serat dan vitamin B-nya dapat membantu meningkatkan metabolisme tubuh dan melancarkan pencernaan. Anda juga boleh memanfaatkannya sebagai buah diet untuk tahan nafsu makan.
~ Menurunkan tekanan darah tinggi ~
- @Kajian membuktikan bahawa makanan yang kaya akan antioksidan dapat menyeimbangkan kembali tekanan darah. Kandungan potasium dalam laici sendiri dapat mengimbangkan tekanan darah tinggi.
Penutup :
Buah laici ni memang sedap tapi sangatlah mahal.Kalau pergi kedai makan mesti minum jus laici sebab boleh rasa kenyang.Tapi sebenarnya banyak khasiat lain yang kita tak tahu mengenai buah laici.So saya kongsikan artikel mengenai khasiat buah laici ni untuk semua rakan-rakan. Jom share guyss..