Wednesday 28 September 2016

Khasiat Daun dan Buah Belimbing Besi ~ Klik Disini

Khasiat Daun dan Buah Belimbing Besi

Buah belimbing besi mengandungi sumber vitamin C, zat besi (sebab tu lah ia dipanggil belimbing besi kot) dan juga zat kapur yang baik. Belimbing besi yang dimakan akan bertindak sebagai antioksidan dalam badan kita yang membantu mencegah penyebaran sel-sel penyakit kanser dan melancarkan pencernaan. Selain tu, banyak lagi keistimewaan belimbing nie termasuklah…

Merawat Penyakit Kulit
  • Pucuk dan daunnya yang ditumbuk atau dikisar sehingga hancur boleh digunakan untuk mengubati penyakit kulit seperti kurap dan cacar.

Menghilangkan Sakit Kepala
  • Orang dulu-dulu menghilangkan sakit kepala dengan meramas beberapa helai daun belimbing besi hingga hancur dan kemudian ditampalkan ke dahi.
  • AWAS: Menurut pesanan orang lama, kalau kita makan buah belimbing jangan sekali-kali makan gula pasir ataupun minum air sirap. Dikatakan memakan kedua-duanya pada masa yang sama boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan.

Menyembuhkan Demam Panas
  • Daun belimbing besi yang kering pula boleh digunakan untuk meredakan dan menyembuhkan demam panas.

Merawat Sakit Muntah-Muntah
  • Kalau ada yang tetiba diserang muntah-muntah berpanjangan.. dah makan ubat doktor tapi masih tak lega, ada petua tradisional yang boleh membantu. Caranya ialah dengan minum air rebusan daun dan buah belimbing.

Merawat Sakit Buah Pinggang
  • Bagi yang mengalami sakit buah pinggang dan sakit pundi kencing, orang tua-tua dulu akan nasihatkan untuk selalu amal memakan buah belimbing besi.

Segala penulisan di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya. Sekian sahaja yang saya dapat di kongsikan, dipersilakan share.Terima kasih.