Khasiat pokok kelapa
#Ketika musim panas sekarang yang berpunca daripada fenomena El Nino, seelok-eloknya minum air yang banyak bagi mengelak badan kita mengalami masalah kekurangan air. Salah satu caranya adalah dengan meminum air kelapa muda.
#Selain air kelapa muda yang dapat menghilangkan dahaga, terdapat banyak bahagian lain pada pokok itu yang boleh digunakan untuk tujuan perubatan.
Akar kelapa yang ditumbuk lumat boleh digunakan untuk mengubati penyakit kelamin. Ada penduduk yang tinggal di pulau-pulau sekitar Mersing, Johor meminum air rebusan akar kelapa yang telah dijemur di bawah panas matahari untuk melegakan cirit-birit.
- Akar pokok itu juga boleh digunakan untuk mengubati demam panas, masalah keputihan, melawaskan buang air kecil, jangkitan paru-paru, masalah hati dan rawatan pendarahan.
- Dalam pada itu, air kelapa muda yang diminum mampu dijadikan penawar racun, meredakan cirit-birit, mengubati demam panas, melawaskan buang air kecil dan air besar. Terdapat juga dakwaan air kelapa muda yang dicampur dengan beberapa bahan lain mampu mengubati penyakit batu karang.
- Air kelapa muda juga boleh diminum dengan ditambah perahan air limau nipis bagi menghilangkan keletihan. Minuman itu boleh dicampur dengan ais supaya terasa lebih segar.
- Meminum air kelapa muda turut mampu mengubati jangkitan cacing pada anak-anak dengan menambah sedikit jus asam limau dan satu sudu minyak zaitun. Minumlah tiga kali sehari.
- Air buah kelapa hijau jika dibandingkan dengan kelapa jenis lain mengandungi banyak tanin atau bahan antiracun yang paling tinggi. Komposisi kandungan kimia lain yang terdapat dalam air kelapa ialah asid askorbik atau vitamin C, protein, asid lemak Omega 3, karbon terhidrat dan kalsium.
- Mineral yang terkandung dalam air kelapa ialah zat besi, fosforus dan gula yang terdiri dari glukosa, fruktosa serta sukrosa.
- Minyak kelapa yang disapu pada gigi atau gusi yang sakit mampu mengurangkan kesakitan begitu juga dengan kulit bermasalah. Bahan itu juga akan menjadikan rambut subur, hitam dan berkilat.
- Santan kelapa yang diminum mampu mengubati masalah muntah-muntah, batuk berdarah, busung, demam panas dan penawar racun.
- Isi buah kelapa pula mempunyai banyak khasiat. Isi buah kelapa yang sudah tua mengandung kalori yang tinggi sebanyak 359 kal per 100 gram, kelapa setengah tua sebanyak 180 kal per 100 gram dan kelapa muda mengandung 68 kal per 100 gram.
Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, dipersilakan share.