Thursday, 15 September 2016

LETAKAN ISLAM DALAM AMALANMU! ~ Klik Disini

Tags

LETAKAN ISLAM DALAM AMALANMU

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang di rahmati Allah,

Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Kafirun yang bermaksud;
"KATAKANLAH (WAHAI MUHAMMAD):'WAHAI ORANG KAFIR!AKU TIDAK AKAN MENYEMBAH APA YANG KAMU SEMBAH.DAN KAMU TIDAK MAHU MENYEMBAH (ALLAH) YANG AKU SEMBAH.DAN AKU TIDAK AKAN BERIBADAT SECARA KAMU BERIBADAT.DAN KAMU PULA TIDAK MAHU BERIBADAT SECARA AKU BERIBADAT.BAGI KAMU AGAMA KAMU DAN BAGIKU AGAMAKU."

Semasa Rasulullah s.a.w. giat melakukan dakwah di Makkah,kaum Quraisy yang menentang tidak henti-henti mencari jalan untuk menghapuskan pengaruh Islam yang kian hari kian berkembang.Pengaruh Rasulullah s.a.w. dianggap sebagai ancaman besar terhadap kepercayaan nenek moyang mereka.

Antara kerja jahat yang mereka lakukan adalah usaha mengajak Rasulullah s.a.w. bersama-sama melakukan tuntutan ibadah,iaitu jika Rasullah s.a.w. bersedia menyembah tuhan mereka,maka mereka pun akan bersedia menyembah Allah sebagaimana konsep Islam.
Allah s.w.t menurunkan surah ini untuk menjawab tawaran mereka itu.Walaupun alasan mereka kononnya untuk mencipta hubungan harmoni,namun niat mereka dengan fikiran jahiliah mereka langsung tidak boleh diterima.

TIADA TOLAK ANSUR

  • Surah ini secara tegas menyatakan pendirian berlepas tangan daripada perbuatan sembahan orang kafir,sekali gus mengajar umat Islam agar sentiasa ikhlas tanpa mencampuradukan dengan sesuatu niat yang lain.Ayat ini juga menolak perbuatan syirik kepada Allah s.w.t. yang menafikan konsep tauhid yang murni.
  • Usul kaum Musyrikin Quraisy itu ditolak oleh Rasulullah s.a.w. kerana tidak mungkin Baginda menggadaikan agama dan akidah hanya demi perpaduan.Malah tidak logik boleh terjadinya penyatuan Islam dan agama lain.
  • Setiap agama seperti yang difahami umum adalah berbeza dari segi keyakinan,objektif dan pelaksanaan.Oleh sebab itu,surah ini diturunkan bagi memberikan hukum yang bersifat 'final' daripada Allah tentang pengharaman mengiktiraf fahanam selain daripada Islam.


CARA YANG BERBEZA

  • Ditegaskan juga bahawa ketika itu pemimpin Quraisy hanya berpura-pura mengajak Rasulullah s.a.w. untuk bersatu.Masyarakat sekeliling juga mengetahui dan menyedari permaina mereka,akhirnya secara berdikit-dikit memasuki Islam meninggalkan Abu Jahal,Abu Lahab dan yang sealiran dengannya.Kemuncaknya adalah sewaktu 'Pembukaan Makkah' apabila semuanya memeluk Islam.Selain itu,surah ini juga menerangkan betapa jauhnya perbezaan beribadat antara Islam dan kafir Quraisy.Ibadat Rasulullah s.a.w. dan Islam sangat konsisten dan juga pendirian serta pegangannya tetap dan tanpa sebarang perubahan.
  • Keadaan ini berbeza dengan golongan kafir yang tidak konsisten dalam pemujaan mereka kepada tuhan-tuhan mereka.Keyakinan dan pendirian mereka juga sering berubah-ubah.Seketika mereka menyembah batu,seketika mereka kemudian membuat sembahan daripada bukit pasir dan membawa unta yang penuh dengan susu untuk diperah di atasnya.Pegangan mereka berubah-ubah.


KELEBIHAN PADA AMALAN

  • Ketegasan di sini bahawa kewajipan untuk istiqamah atas prinsip yang benar adalah dengan tuntutan mengamalkan Islam tanpa mencampuradukkan dengan amalan-amalan Musyrik..

Saya amat berharap kepada pembaca untuk share artikel ini supaya kita sama-sama dapat manfaat dari artikel ini. InnShaaAllah.