Tuesday, 27 September 2016

Makan buah untuk bayi cerdik ~ Klik Disini

Tags

Makan buah untuk bayi cerdik

SELALUNYA, individu didedahkan dengan manfaat pemakanan ikan ketika hamil yang dikatakan mampu meningkatkan perkembangan kognitif bayi di dalam kandungan.

Terbaharu, seorang Profesor Pediatrik daripada Universiti Alberta, Kanada, Dr. Piush Mandhane mendapati pengambilan buah-buahan ketika sedang hamil mampu melahirkan bayi yang cerdik.

“Menerusi kajian yang dilakukan terhadap 688 orang wanita hamil mendapati, pengambilan buah-buahan dua kali ganda lebih daripada hidangan yang sepatutnya dapat melahirkan bayi cerdik.

“Bagaimanapun, wanita hamil perlu peka dengan jenis buah-buahan yang diambil kerana pengambilan buah-buahan yang berlebihan seperti pisang mampu mendatangkan kesan sampingan terhadap kesihatan mereka.

“Ini kerana, pada waktu itu wanita hamil berisiko untuk terkena penyakit diabetes atau pertambahan berat badan yang berlebihan sehingga menyukarkan proses kelahiran,” jelasnya.