Jus Kecantikakan
Ada orang yang biarpun umur dah 60-an tapi jiwanya tetap muda. Sihat walafiat macam biasa dan boleh pula jogging keliling padang bola dua tiga round. Hmm.. untung la kan.. Huhuhu..
Namun, biarpun ‘jiwa’ tu muda, yang susahnya bila nak jaga luaran tu bilamana kulit kita dah mula berkedut-kedut. Ooo yup.. cakap soal kedut-medut ni, ada gak sesetengah orang tu umur baru 30 lebih tapi kulit dah ada berkedut.. aduhai… Ni suma sebab ‘stress’ la ni, kerja bagai nak rak dan badan tak cukup tidur dan rehat. Bila tak cukup tidur dan rehat, ‘body’ tak boleh recover untuk membentuk sel-sel yang baru.
Jadi, dalam bab menjaga kecantikan luaran nie adalah lebih efektif kiranya kita turut menitik-beratkan penjagaan dalaman. Contohnya seperti amalan makan buah-buahan dan sayuran segar sebagai bahan antioksidan, dan juga minum air kosong atau air putih yang selalunya orang kata kena minum kurang-kurang lapan gelas sehari. Buat pengatahuan korang, saya minum air tak lari 9 atau 10 glas sehari tau, sebab saya pun nak juga sihat dan sentiasa nampak muda.. kikiki
Selain daripada itu, saya nak kongsi juga ‘jus rahsia’ untuk membantu melambatkan penuaan warisan orang tua-tua dulu..
Jus Awet Muda
- Bahan-bahan yang diperlukan ialah teh, 4 sudu madu lebah, satu sudu serbuk kulit kayu manis dan air. Campurkan kesemua bahan-bahan tu dan bancuh seumpama membancuh teh. Sukatan airnya lebih kurang 3 cawan.
- Kalau tak dapat cari ‘serbuk’ kayu manis, dapat kayu manis dalam bentuk batang pun kira okey. Masukkan dalam teh tu dan kacau secukup rasa.
- Lepas dah siap bancuh, simpan dalam bekas dsb.nya. Amalkan minum lebih kurang suku (1/4) cawan sebanyak 3-4 kali sehari secara teratur. Nak minum sebelum makan ker atau selepas makan tak kisah.. janji minum.
- Amalan minum jus nie dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan. Ia bantu dari dalam. In shaa Allah.. kalu rajin diamalkan, kulit akan tampak lebih segar dan lembut.. macam kulit kita waktu muda-muda dulu.
Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, mungkin anda mempunyai beberapa lagi cara yang lebih praktikal untuk dikongsikan. Kongsikan lah bersama pembaca lain pada ruangan komen dibawah. Dipersilakan Share..